Semakan Keputusan SPM 2023 & Tarikh Pengumuman

Kongsikan Artikel Ini

PENGUMUMAN TARIKH KEPUTUSAN SPM 2023 & CARA SEMAKAN ONLINE (2024)

Semakan Keputusan SPM 2023 | Keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023 bakal diumumkan pada Isnin, 27 Mei 2024. Calon yang menduduki peperiksaan itu di sekolah boleh memperoleh keputusan daripada sekolah masing-masing bermula jam 10.00 pagi.

Berikut dikongsikan cara membuat semakan dan tarikh pengumuman keputusan Sijil Pelajaran Malaysia 2023 pada tahun 2024 ini.

Semakan Keputusan SPM 2023
Semakan Keputusan SPM 2023 & Tarikh Pengumuman 9
Semakan Keputusan SPM 2023
Semakan Keputusan SPM 2023 & Tarikh Pengumuman 10

Sesi libat urus (SLU) dengan Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) dan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) akan dilaksanakan dalam waktu terdekat bagi memastikan kelancaran pengurusan pengumuman keputusan SPM 2023 dan dalam masa yang sama memelihara kesejahteraan guru.

Tarikh Pengumuman Keputusan SPM 2023

Keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023 bakal diumumkan pada Isnin, 27 Mei 2024.

Calon sekolah boleh mendapatkan keputusan SPM 2023 daripada sekolah masing-masing mulai pukul 10.00 pagi.

Baca juga:

Semakan Keputusan SPM 2023
Semakan Keputusan SPM 2023 & Tarikh Pengumuman 11
Semakan Keputusan SPM 2023
Semakan Keputusan SPM 2023 & Tarikh Pengumuman 12

Kaedah Semakan Keputusan SPM 2023

Untuk makluman, calon boleh membuat semakan result SPM melalui kaedah berikut:

Pengumuman keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) akan dilaksanakan pada 27 Mei 2024.

KAEDAH 1 : SEMAKAN DI SEKOLAH

Calon sekolah boleh mendapatkan keputusan peperiksaan SPM daripada sekolah masing-masing mulai pukul 10.00 pagi pada 27 Mei 2024.

Calon yang menghadapi isu akses boleh mendapatkan keputusan di sekolah masing-masing atau di sekolah yang berdekatan.

KAEDAH 2 : SEMAKAN ONLINE

Calon digalakkan untuk menyemak keputusan masing-masing secara dalam talian di pautan myresultspm.moe.gov.my mulai 27 Mei 2024, pukul 10.00 pagi sehingga 2 Jun 2024, pukul 6.00 petang.

Calon sekolah dan calon persendirian juga boleh membuat semakan keputusan melalui kaedah secara dalam talian menerusi pautan https://www.myresultspm.moe.gov.my untuk mendapatkan slip keputusan peperiksaan SPM 2023 mulai 10 pagi pada 27 Mei 2024 hingga pukul 6 petang 2 Jun 2024.

KAEDAH 3 : SEMAKAN SMS

Calon juga boleh menggunakan sistem pesanan ringkas (SMS) untuk mendapatkan ringkasan keputusan peperiksaan SPM Tahun 2023 dengan menaip SPM<jarak>NoKP<jarak>AngkaGiliran dan hantar ke 15888.

Sistem ini akan diaktifkan mulai 27 Mei 2024, pukul 10.00 pagi sehingga 2 Jun 2024, pukul 6.00 petang.

Jawatan Kosong :

Semakan Keputusan SPM 2023
Semakan Keputusan SPM 2023 & Tarikh Pengumuman 13
Semakan Keputusan SPM 2023
Semakan Keputusan SPM 2023 & Tarikh Pengumuman 14

Semak Semula Keputusan Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM)

Sistem ELP hanya dibuka kepada anda yang ingin membuat semakan semula keputusan SPM.

Semakan semula keputusan peperiksaan akan dicaj RM100 bagi setiap mata pelajaran.

Kaedah bayaran untuk tujuan pemprosesan adalah seperti berikut:

  • Bagi Permohonan Melalui Pos
    • Pembayaran hendaklah menggunakan Wang Pos/Kiriman Wang/Bank Draf yang ditulis atas nama AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA. Kokotkan Wang Pos/Kiriman Wang/Bank Draf pada Borang Permohonan Penyemakan Semula Keputusan Peperiksaan/Kes T (LP/Am 65 Pin. 1/2020) supaya tidak tercicir.
    • Cek persendirian tidak diterima sama sekali.
  • Sekiranya Permohonan dilakukan melalui Kaunter Lembaga Peperiksaan
    • Pembayaran hendaklah menggunakan Wang Pos/Kiriman Wang/Bank Draf yang ditulis atas nama AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA.
    • Pembayaran menggunakan wang tunai juga akan diterima.
  • Cek persendirian tidak akan diterima sama sekali.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Jabatan Pendidikan Negeri masing-masing atau dapatkan info terkini melalui :


Kongsikan Artikel Ini