SARA RM600 : Bantuan Khas Untuk Penerima STR

Kongsikan Artikel Ini

SARA RM600 : Bantuan Khas Untuk Penerima STR. Manfaat Sumbangan Asas Rahmah (SARA) kepada 700 ribu penerima STR yang akan menerima RM100 sebulan untuk tempoh 12 bulan bagi pembelian barang-barang asas di kedai runcit – Belanjawan 2024

Lebih 200,000 penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) telah menerima Sumbangan Asas Rahmah (SARA) sebanyak RM600.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan sumbangan itu bagi membolehkan penerima mendapatkan barangan keperluan makanan asas.

Permohonan SARA RM600

Dalam Belanjawan Madani 2023, isi rumah dengan lima anak atau tiga anak dan kadar tambahan yang penting iaitu untuk miskin tegar, mendapat bantuan SARA tambahan RM600.

Manakala dalam Belanjawan 2024, bantuan ini diluaskan kepada 700,000 penerima STR dengan bayaran RM100/sebulan untuk 12 bulan melalui langkah yang sama – iaitu melalui MyKad.

Kategori Yang Layak Menerima Bantuan STR Tambahan @ Sumbangan Asas Rahmah (SARA)
Kadar tambahan STR berjumlah RM600 dikhususkan kepada penerima isi rumah yang telah dikenal pasti berada dalam kategori miskin tegar.

Baca Juga :

SARA RM600
SARA RM600 : Bantuan Khas Untuk Penerima STR 4

Kelayakan Bantuan SARA RM600

  • Penerima isi rumah yang tersenarai sebagai Miskin Tegar dalam rekod data eKasih; dan
  • Mestilah berpendapatan isi rumah tidak melebihi PGK Miskin Tegar RM1,169 berdasarkan semakan silang agensi pendapatan

Sila rujuk cara penggunaan kad MyKasih untuk pembelian barangan asas dan keperluan : MyKasih: Semakan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) STR 2023

Tarikh Bayaran SARA RM600

Bantuan tambahan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) bagi tahun 2023 telah mula disalurkan bermula 17 Julai 2023. Bantuan ini akan diberikan selama 6 bulan iaitu dari bulan Julai hingga Disember 2023 (bagi negeri-negeri di Semenanjung Malaysia).

Manakala bagi negeri-negeri di Sabah, Sarawak & WP Labuan, bayaran sebanyak RM600 secara tunai atau melalui akaun bank akan dikreditkan sekaligus.

Sila rujuk jadual berikut :

  • SARA 1 – 17 Julai 2023 (RM100)
  • SARA 2 – 1 Ogos 2023 (RM100)
  • SARA 3 – 1 September 2023 (RM100)
  • SARA 4 – 1 Oktober 2023 (RM100)
  • SARA 5 – 1 November 2023 (RM100)
  • SARA 6 – 1 Disember 2023 (RM100)

Bagi tahun 2024, bantuan SARA ini akan diberikan sebanyak RM100 sebulan untuk tempoh 12 bulan – dengan jumlah bantuan RM1200.

Tarikh pelaksanaan bantuan SARA 2023 adalah secara berperingkat mengikut negeri yang terlibat seperti berikut:

  • 17 Julai 2023 – Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya, Selangor, Negeri Sembilan, Kedah, Pulau Pinang, Terengganu & Kelantan
  • 31 Julai 2023 – Perlis, Perak, Pahang, Melaka & Johor
  • 7 Ogos 2023 – Sabah, Sarawak & Wilayah Persekutuan Labuan (Bayaran RM600 akan dikreditkan ke akaun bank / secara tunai sekaligus di cawangan Bank Simpanan Nasional seluruh negara.

Maklumat Lanjut

Pemohon STR boleh merujuk Soalan Lazim (FAQ) di Portal Rasmi STR melalui pautan https://bantuantunai.hasil.gov.my bagi maklumat lanjut.


Kongsikan Artikel Ini