[RASMI] : Kemaskini Permohonan & Semakan Status BKM Fasa 3 Bulan September Tahun 2022

Kongsikan Artikel Ini

MK%20 %20BKM%20FASA%203

telegram%2Bimage

Kemaskini Permohonan BKM Fasa 3 2022 kini dibuka bermula pada minggu ini sehingga 30 Ogos 2022.

Kemaskini maklumat BKM ini adalah untuk penerima yang telah lulus status dan tidak membuat sebarang rayuan BKM.

Tujuan Kemaskini BKM

Kemaskini maklumat Permohonan BKM 2022 adalah untuk membolehkan Permohonan BKM 2022 yang berstatus Lulus mengemaskini maklumat asas seperti maklumat berikut:Nombor telefon rumah

  1. Nombor Telefon Bimbit
  2. Alamat emel
  3. Nama dan Nombor Akaun Bank*
  4. Maklumat Perwakilan

*Terhad kepada akaun bank pemohon sekiranya status pembayaran BKM 2022 adalah Gagal Kredit atau Tunai sahaja

Tarikh Kemaskini Maklumat BKM

LHDN telah mengumumkan tarikh penerima Bantuan Keluarga Malaysia BKM untuk mengemaskini bagi fasa 3.

Tarikh kemaskini dibuka mulai 10 Ogos 2022 sehingga 30 Ogos 2022.

Selain itu, kemaskini untuk fasa seterusnya akan diumumkan dari semasa ke semasa.

Diingatkan sekali lagi, Kemas kini maklumat ini adalah untuk penerima yang telah lulus status dan tidak membuat sebarang rayuan BKM.

Cara Kemaskini

Kemaskini maklumat peribadi anda di BKM boleh dibuat di pautan rasmi semakan BKM:

  1. Layari https://bkm.hasil.gov.my/
  2. Tekan Log Masuk
  3. Tekan Kemaskini Permohonan
  4. Masukkan No. MyKad dan tekan Semak.
  5. Isikan semua maklumat bertanda *
  6. Isi Kod Captcha dan klik Sahkan Captcha
  7. Tandakan Perakuan Pemohon Berkenaan
  8. Tekan butang Hantar bagi meneruskan permohonan
  9. Setelah permohonan berjaya dihantar, klik butang Cetak untuk simpan rekod permohonan

Cara Semakan Status BKM Fasa 3

Berikut adalah cara untuk membuat semakan BKM:

  1. Log masuk ke bkm.hasil.gov.my
  2. Klik Semakan Status
  3. Paparan kelayakan akan ditunjukkan
  4. Klik maklumat pembayaran untuk lihat status pembayaran


Maklumat Tambahan

Permohonan kemas kini maklumat asas BKM juga dibuka secara manual di cawangan LHDN berdekatan.

Sila download borang kemas kini maklumat permohonan BKM dan bawa ke cawangan LHDN untuk proses selanjutnya.

  1. Hotline BKK LHDNM : 1800 88 2747
  2. Hotline BKK MoF : 03 8882 4565
  3. Talian Bantuan Khas Kerajaan Cawangan LHDNM
  4. e-Mel : [email protected]


Kongsikan Artikel Ini