Rasmi: Jadual Penuh Operasi Pendidikan di Negeri PKP, PKPB, PKPP Tahun 2021

Kongsikan Artikel Ini

Persekolahan%2BNegeri%2BPKP%2BPKPB%2BPKPP%2BTahun%2B2021

Join%2BChannel%2BTelegram

Beberapa minggu lagi, musim persekolahan akan bermula. Apakah kaedah yang akan digunakan dan diaplikasikan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia kali ini? Persoalan ini hangat dimainkan dalam kalangan guru-guru, ibu-bapa mahupun para pelajar di seluruh negara.


Setiap kawasan, lain kaedahnya. Hal ini kerana baru-baru ini kerajaan telah mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan di beberapa negeri dan wilayah. Begitu juga dengan PKP Bersyarat dan PKP Pemulihan.


Menteri Pendidikan, Dr Mohd Radzi Md Jidin pada sidang media sebentar tadi mengumumkan Pembukaan Sekolah di Kawasan PKP, PKPP dan PKPB ini merujuk kepada rumusan pengoperasian institusi pendidikan di kawasan PKP, PKPP dan PKPB.

Pengoperasian institusi pendidikan bawah KPM serta semua kategori Institusi Pendidikan Swasta (IPS) yang berdaftar dengan Kementerian Pendidikan Malaysia termasuk sekolah antarabangsa adalah berdasarkan takwim institusi masing-masing.




138301902 2571852053112020 8215988711947200680 n
Bagi sekolah menengah, pembelajaran bagi murid Tingkatan 1 hingga 4 di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan PKP adalah secara PdPR.

Bagi murid Tingkatan 1 dan 4 di kawasan PKPB dan PKPP pula, pembelajaran adalah secara bersemuka. Sebaliknya bagi murid Tingkatan 2 dan 3, pembelajaran adalah secara PdPR hingga 7 Mac 2021 dan mula bersemuka pada 8 Mac 2021

Khusus bagi pelajar Tingkatan 5 & 6 yang akan menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) di kawasan PKP, PKPB dan PKPP, pembelajaran adalah secara bersemuka.

Bagi Kolej Vokasional, Matrikulasi & Institut Pendidikan Guru, sila rujuk jadual yang disertakan di atas.

136786238 2571852059778686 8331665454755339146 n

Bagi tadika swasta pula, semua murid di kawasan PKP, PKPB dan PKPP akan menjalankan pembelajaran secara bersemuka.
Sebaliknya bagi tadika kerajaan, hanya murid di kawasan PKPB dan PKPP sahaja akan menjalankan pembelajaran bersemuka. Sebaliknya, kaedah PdPR dijalankan bagi murid di kawasan PKP.

Guru & Anggota Kumpulan Pelaksana

Semua guru hendaklah kembali ke stesen bertugas masing-masing sebelum 20 Januari 2021. Kehadiran guru ke sekolah pula adalah seperti berikut:

  • Guru yang terlibat dengan kelas peperiksaan
  • Guru yang terlibat dengan pengurusan peperiksaan
  • Guru lain yang diarahkan hadir bertugas oleh Ketua Jabatan

Selain itu, kehadiran AKP pula adalah tertakluk kepada arahan Ketua Jabatan mengikut garis panduan semasa yang telah diedarkan.

Kolej Matrikulasi dan Institut Pendidikan Guru

Kehadiran pensyarah untuk kembali bertugas di Kolej Matrikulasi dan Institut Pendidikan Guru tertakluk kepada arahan Ketua Jabatan (KJ). Berikut merupakan butiran keberadaan pelajar kolej matrikulasi:-

  • Pelajar kekal berada di kolej.
  • Sesi PdP secara ‘hibrid’ di kolej.

Bagi pelajar di Institut Pendidikan Guru (IPG) pula, sesi pembelajaran semua program pengajian akan dilaksana secara dalam talian mulai 17 Januari 2021.

Institusi Pendidikan Swasta

PdP secara bersemuka di sekolah swasta dan sekolah antarabangsa hanya dibenarkan untuk kelas peperiksaan sahaja. Tadika swasta yang berdaftar dibawah KPM di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan boleh terus beroperasi secara bersemuka.

Institusi Pendidikan Swasta lain tidak dibenarkan beroperasi secara bersemuka. Pengoperasian IPS adalah tertakluk kepada Garis Panduan Pengurusan dan Pengoperasian Sekolah dalam Norma Baharu.

Soalan Berkenaan Penggunaan Buku Teks

Pengurusan buku teks akan dimaklumkan oleh pihak sekolah dan institusi masing-masing. Pihak sekolah akan berhubung dengan ibu bapa mengenai urusan ini.


Kredit: Sumber

Kongsikan Artikel Ini