Permohonan Rumah PPRT Tahun 2023

Kongsikan Artikel Ini

Permohonan PPRT: PPRT merupakan satu projek dibawah kelolaan SPKR yang telah diteruskan sebagai salah satu touch point yang utama bagi Kerajaan yang sentiasa prihatin menjaga kesejahteraan dan juga mendahulukan kebajikan rakyat.

Untuk pengetahuan, SPKR merupakan salah satu program pembasmian kemiskinan luar bandar dalam memastikan kumpulan sasar (miskin serta miskin tegar) dapat untuk meneruskan kelangsungan hidup dengan lebih baik.

Di sini kami akan kongsikan lebih lanjut tentang Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT).

Permohonan PPRT : Pengenalan Projek

Untuk makluman pembaca, Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) telahpun dilaksanakan dengan tujuan untuk meningkatkan kualiti hidup keluarga yang berada dalam kelompok sasar dengan membina atau membaik pulih rumah untuk menyediakan tempat kediaman yang lebih selamat serta selesa sebagai asas pertumbuhan sesebuah keluarga.

permohonan pprt 2023
Permohonan Rumah PPRT Tahun 2023 5

Selain program PPRT ini, terdapat beberapa lagi program yang berfokuskan kelompok sasar ini untuk meningkatkan kualiti hidup mereka antaranya;

  • PPRT
  • Program Latihan Kemahiran & Kerjaya
  • Program Peningkatan Pendapatan
  • Program Bina Insan
  • Program Komuniti Sejahtera

Permohonan PPRT : Syarat Kelayakan

Kelompok sasar PPRT yang dimaksudkan ini adalah Ketua Isi Rumah (KIR) miskin tegar dan juga miskin yang telah ditentukan berdasarkan dengan Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) yang berkuat kuasa. Bagi kriteria kumpulan sasar penerima bantuan PPRT pula yang layak adalah seperti yang berikut:

Baca Juga :

  • Telah disahkan sebagai miskin tegar atau miskin yang telah berdaftar dalam Bank Data Kemiskinan Nasional (e-Kasih).
  • Telah diperakui dan disahkan layak oleh Mesyuarat Focus Group Pembasmian Kemiskinan Peringkat Daerah (FGD)/Negeri (FGN)/jawatankuasa yang setara dengannya di peringkat negeri.
  • Telah diperakui oleh agensi-agensi kerajaan yang telah terlibat dalam program pembasmian kemiskinan.
  • Telah diperakui oleh jawatankuasa di peringkat Kementerian.
permohonan pprt 2
Permohonan Rumah PPRT Tahun 2023 6

Permohonan PPRT : Syarat Bantuan Bina Baharu

Kemudahan bina baharu yang telah berikan kepada penerima yang:

  • Tidak mempunyai rumah.
  • Rumah yang telah didiami terlalu uzur dan juga tidak selamat untuk didiami.
  • Tidak ekonomik untuk dibaiki.
  • Memiliki tanah sendiri (pemilikan penuh).
  • Pemilikan tanah sebahagian atau mendapat kebenaran menggunakan tanah daripada Tuan Tanah (tanah atas milik ibu/bapa/adik-beradik/saudara-mara yang telah mempunyai pertalian darah dengan pemohon atau tanah Kerajaan atau tanah wakaf) dengan mengemukakan Borang Kebenaran Menggunakan Tanah seperti di Lampiran B).

Permohonan PPRT : Syarat Bantuan

  • Untuk makluman anda, bantuan akan diberikan kepada peserta yang mempunyai rumah yang uzur atau rosak yang disebabkan oleh bencana dan juga masih ekonomik untuk dibaiki.
  • Telah mendapat kebenaran untuk membaik pulih untuk kes menumpang tanah milik orang lain/tanah milik sebahagian/tanah Kerajaan dengan mengemukakan Borang Kebenaran Menggunakan Tanah seperti di Lampiran B.

Selain itu, untuk memenuhi kriteria kelayakan di atas, keutamaan bantuan akan diberikan kepada:

  • Yang Bewarganegara Emas.
  • Orang kurang upaya (OKU).
  • Untuk ibu/bapa tunggal yang mempunyai tanggungan ramai.
  • Mangsa bencana yang berskala kecil.
  • Keutamaan pelaksanaan program adalah kepada negeri dan daerah yang mempunyai kadar kemiskinan tegar.

Panduan Permohonan PPRT 2022 (Secara Online)

Jika anda memenuhi syarat kelayakan dan ingin membuat permohonan , di bawah telah disediakan cara permohonan Bantuan Rumah PPRT :

  • Sila layari Portal Rasmi eSPKR – DI SINI
  • Kemudian tekan butang ”Program Perumahan Rakyat Termiskin” di laman utama
  • Sila lengkapkan maklumat anda yang diperlukan di ruangan yang telah disediakan
  • Selepas lengkap mengisi, tekan ”Hantar Permohonan”

* Muat turun borang : Borang Kebenaran Tanah

Maklumat Lanjut Permohonan PPRT

Untuk sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut berkenaan Permohonan Rumah PPRT , anda boleh hubungi pihak berkaitan seperti berikut :


Kongsikan Artikel Ini