Permohonan MyKid JPN 2022 ~ Cara Mohon & Dokumen Yang Diperlukan

Kongsikan Artikel Ini

mykid

MyKid merupakan kad pengenalan atau pengenalan diri kanak-kanak bercip yang dikeluarkan kepada kanak-kanak yang berumur di bawah 12 tahun.Ciri MyKid adalah sama seperti MyKad cuma ia tidak mempunyai gambar dan cap jari.
” My ” membawa maksud “Malaysia” manakala ” Kid ” pula adalah singkatan kepada ” Kad Identiti Diri “. Nombor pengenalan diri yang terdapat pada MyKid ini akan digunakan di dalam semua urusan dari lahir hingga ke akhir hayat.


3 Aplikasi Utama MyKid

Mykid mengandungi 3 aplikasi utama yang terkandung di dalam cip iaitu:
  • Aplikasi JPN (data kelahiran)
  • Maklumat kesihatan
  • Maklumat pendidikan


Kelebihan MyKid

1.Mengurangkan penggunaan borang semasa berurusan dengan agensi kerajaan atau swasta
2. Digunakan semasa berurusan dengan jabatan atau agensi-agensi seperti hospital atau klinik bagi tujuan pemeriksaan kesihatan, persekolahan dan sebagainya.
3. Mudah dibawa kerana bersaiz kecil
4. Mempunyai ciri keselamatan untuk mengelak dari disalahgunakan.
5. Berteknologi cip di mana maklumat boleh dibaca pada kad atau di dalam cip. Maklumat dalam cip tersebut juga mudah untuk dikemaskini.
6. Bentuk cantik dan menarik

Perlu Ke Buat TemuJanji?

Anda tidak perlu buat temujanji, hanya datang secara walk in sahaja.

Dokumen Yang Diperlukan 

1. Photostet ic bapa 
2. Photostet ic ibu 
3. Photostet sijil lahir 
4. Photostet sijil kahwin 


Salinan Original Yang Perlu Dibawa

Sila bawa salinan original
  • Sijil Kahwin 
  • Sijil Lahir

Ibu Atau Bapa Sahaja Yang Boleh Buat MyKid Untuk Anak

Untuk pengetahuan anda, hanya ibu bapa sahaja yang dibenarkan untuk membuat permohonan MyKid bagi anak-anak.

Tempoh Masa MyKid Siap

Menurut orang ramai, proses hanya mengambil masa 30-60 minit untuk disiapkan.Namun, ia juga bergantung kepada keadaan sama ada orang ramai ataupun tidak.

Maklumat Lanjut

  • Telefon: 03-8000 8000
  •  Faks: 03-8880 8288
  • Emel(@jpn.gov.my): pro


Kongsikan Artikel Ini