Permohonan & Kemaskini Bantuan Khas Sarawakku Sayang (BKSS) 4.0 ~ Tambahan RM104 JUTA

Kongsikan Artikel Ini

Permohonan%2Bdan%2BKemaskini%2BBantuan%2BKhas%2BSarawakku%2BSayang

KUCHING: Kerajaan Sarawak menggariskan tujuh inisiatif dalam pakej Bantuan Khas Sarawakku Sayang 4.0 (BKSS 4.0) bagi mengurangkan kesan pandemik COVID-19.

Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Abang Openg, berkata langkah itu diputuskan berikutan peningkatan kes COVID-19 di negara ini yang menjejaskan sektor perniagaan dan kehidupan rakyat.

Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Abang Openg, berkata langkah itu diputuskan berikutan peningkatan kes COVID-19 di negara ini yang menjejaskan sektor perniagaan dan kehidupan rakyat.

RM104.84 JUTA DIPERUNTUKKAN UNTUK PELAKSANAAN 7 INISIATIF BKSS 4.0 



Beliau berkata, keseluruhan peruntukan disediakan dalam pelaksanaan tujuh inisiatif dilaksanakan hingga Disember ini, berjumlah RM104.84 juta.

“Tujuh inisiatif itu ialah diskaun bil elektrik, diskaun bil air, diskaun sewa Perbadanan Pembangunan Perumahan (HDC) sebanyak 50 peratus untuk kediaman, bantuan ‘one off’ RM500 untuk pemandu e-hailing dan pengajar sekolah memandu.

POTONGAN 50 PERATUS PENGECUALIAN SEWA DAN YURAN LESEN 


“Selain itu, potongan 50 peratus disediakan untuk sewa gerai, pengecualian yuran lesen dan pengecualian sewa kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) di sektor runcit beroperasi di premis dimiliki syarikat berkaitan kerajaan (GLC) negeri atau badan berkanun,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media mengenai pakej BKSS BKSS 4.0 di Wisma Bapa Malaysia di sini, hari ini.

DISKAUN BIL ELEKTRIK SEBANYAK 5 – 25 PERATUS DARI BULAN 10 HINGGA 12

Mengulas lanjut, Abang Johari berkata, diskaun bil elektrik sebanyak lima hingga 25 peratus dilaksanakan untuk bil Oktober hingga Disember bagi pengguna domestik, komersial dan perindustrian

“Potongan harga itu akan memberi manfaat kepada 686,847 pengguna di seluruh Sarawak dan kos terkumpul diskaun berjumlah RM83.4 juta akan ditanggung kerajaan Sarawak,” katanya.

Mengenai diskaun bil air, Abang Johari berkata, pengguna domestik, komersial dan industri akan terus diberi potongan 10 peratus hingga 25 peratus untuk bil bagi Oktober hingga Disember 2020 yang memberi manfaat kepada 568,247 pengguna serta kerajaan menanggung sejumlah RM12.6 juta untuk inisiatif itu.

BAYARAN ONE-OFF RM500 KEPADA PEMANDU E-HAILING DAN GURU SEKOLAH MEMANDU


Langkah tambahan dalam BKSS 4.0, katanya, ialah bayaran one-off RM500 kepada pemandu perkhidmatan e-panggilan (e-hailing) dan guru sekolah memandu.

“Pada 2020, kerajaan Sarawak membantu pihak berkaitan dalam sektor pengangkutan terjejas akibat pandemik COVID-19 seperti pemandu teksi, pengendali bas sekolah dan van, pengendali van berlesen dan pengenali perahu penambang di negeri ini.

“Kali ini tanpa meminggirkan pemandu e-panggilan, Kabinet Sarawak memutuskan untuk memberikan bantuan serupa kepada 2,396 pemandu e-panggilan dan 791 guru sekolah memandu di negeri ini adalah sebanyak RM1.59 juta dan pembayaran akan dibuat menerusi aplikasi Sarawak Pay,” katanya.

DISKAUN SEWA RUMAH HDC SEBANYAK 50 PERATUS

Mengenai diskaun 50 peratus bagi skim sewa rumah HDC merangkumi tempoh tiga bulan, dari Oktober hingga Disember ini, Abang Johari berkata, ia memberi manfaat kepada lebih daripada 3,200 pelanggan yang menyewa rumah HDC di seluruh Sarawak.

“Untuk diskaun sebanyak 50 peratus untuk sewa pasar dan gerai juga merangkumi jangka masa tiga bulan lagi hingga Disember ini dan diharapkan dapat memberi manfaat kepada lebih 10,000 penjaja menyewa pasar dan gerai terutama di bawah bidang kuasa Majlis Tempatan,” katanya.

Katanya, kerajaan Sarawak terus memberikan pengeculian permit dan yuran lesen kepada peniaga, penjaja, peniaga pasar malam dan pengusaha tamu.

Pengeculian itu akan memberi faedah kepada pemegang lesen di pelbagai pihak berkuasa tempatan (PBT) di seluruh Sarawak dan akan meringankan beban rakyat yang menelan belanja kerajaan negeri sebanyak RM4.12 Juta.

Selain itu, kata beliau, kerajaan negeri juga akan terus memperluas pengecualian sewa kepada PKS di sektor runcit yang beroperasi di premis milik GLC.

Ia termasuk di bawah Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sarawak (SEDC), Lembaga Pembangunan dan Lindungan Tanah (PELITA) dan Lembaga Pembangunan Bintulu (BDA).



Kongsikan Artikel Ini