Permohonan Bantuan RM1000 Untuk Anak Baru Lahir Bermula Tahun 2020

Kongsikan Artikel Ini

photo 2022 08 02 11 10 02


telegram%2Bimage

Tahukah anda, Kerajaan Negeri Sarawak melalui Kementerian Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti telah mewujudkan sebuah simpanan khusus untuk anak-anak kelahiran Sarawak iaitu Endowment Fund Sarawak (EFS).

EFS adalah sebuah simpanan untuk anak-anak kelahiran Sarawak yang bertujuan untuk membantu anak-anak Sarawak sebagai persediaan bagi melanjutkan pelajaran ke pengajian tinggi, memulakan karier atau sebagai modal kecil perniagaan.

Jumlah Bantuan EFS

  • Jumlah bantuan yang diberikan berjumlah RM1,000 dalam bentuk simpanan.

Syarat Kelayakan Bantuan EFS

Berikut merupakan syarat kelayakan untuk bantuan EFS:

  1. Warganegara Malaysia
  2. Lahir di Sarawak atau di luar Sarawak
  3. Kedua-dua atau salah seorang ibubapa pemegang MyKAD berstatus “K”; dan (iv) Permohonan dibuat semasa pendaftaran kelahiran atau dalam tempoh satu tahun selepas kelahiran.

Kategori anak angkat:

  1. Kedua-dua atau salah seorang ibu bapa angkat pemegang MyKAD berstatus “K”
  2. Mempunyai Sijil Pengangkatan Anak yang sah


Cara Membuat Permohonan Bantuan EFS

Permohonan boleh dibuat di kesemua 52 cawangan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) negeri Sarawak dengan membawa:

  1. Borang permohonan EFS – Muat Turun Borang
  2. Salinan sijil lahir bayi
  3. Salinan MyKAD/Biometrik ibu atau bapa yang berstatus “K”

**Salinan hendaklah disahkan oleh pegawai JPN


Maklumat Lanjut

Maklumat lanjut mengenai bantuan ini boleh layari laman web isarawakcare atau hubungi talian KPWKK di 082-442050


Kongsikan Artikel Ini