Permohonan Bantuan Aidilfitri Sarawak RM500 Tahun 2022

Kongsikan Artikel Ini

Bantuan%20Raya%20Sarawak

telegram%2Bimage

KUCHING: Kerajaan Sarawak telah bersetuju untuk memberi Bantuan Khas sempena Hari Raya Aidilfitri dan Gawai Dayak Tahun 2022 sebanyak RM500 kepada semua gred pegawai Perkhidmatan Awam Sarawak.

Menurut kenyataan Pejabat Premier Sarawak, bantuan khas tersebut akan dibayar pada bulan April iaitu sebelum menjelang Hari Raya Aidilfitri dan Gawai Dayak.

PERMOHONAN BANTUAN AIDILFITRI RM500



“Pemberian ini adalah bagi menghargai jasa dan pengorbanan penjawat awam Sarawak dalam menggalas tanggungjawab menyampaikan perkhidmatan kepada rakyat terutamanya semasa negeri dan negara menghadapi tempoh yang penuh cabaran ini.

“Kerajaan juga berharap pemberian Bantuan Khas Aidil Fitri dan Gawai Tahun 2022 ini dapat meringankan beban kewangan bagi para penjawat awam Sarawak serta menjadi insentif kepada mereka untuk terus berkhidmat dengan penuh dedikasi,” kata kenyataan itu.


Semalam, Kerajaan Pusat turut mengumumkan Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri sebanyak RM500 kepada semua penjawat awam Gred 56 dan ke bawah termasuk kakitangan di bawah skim Contract Of Service, Contract For Service, Pegawai Sambilan Harian serta lantikan di bawah MySTEP.

Menurut Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bantuan khas sebanyak RM250 juga akan disalurkan kepada pesara kerajaan.


Kongsikan Artikel Ini