Pengumuman Akan DIbuat Seminggu Lebih Awal Jika Sekolah Dibuka – KPM

Kongsikan Artikel Ini

sekolah%2Bdibuka

Group%2BWhatsapp%2BInfo%2BBantuan%2BKerajaan

SHAH ALAM – Kementerian Pendidikan akan mengumumkan sekurang-kurangnya seminggu lebih awal dari tarikh pembukaan sekolah sekiranya institusi pendidikan itu sedia untuk dibuka semula secara bersemuka.


Menteri Pendidikan, Dr Mohd Radzi Md Jidin berkata, permakluman mengenai keputusan pembukaan semula sekolah akan dibuat mengikut ketetapan yang dilakukan sebelum ini.

Umum Seminggu Lebih Awal Sekiranya Sekolah Dibuka

“Ada yang bertanya tentang status pembukaan semula sekolah bagi sesi bersemuka untuk murid bukan kelas peperiksaan.



“Sepertimana dinyatakan sebelum ini, permakluman keputusan pembukaan semula sekolah secara bersemuka akan dibuat sekurang-kurangnya seminggu sebelum sekolah dibuka,” katanya dalam ciapan di Twitter pada Ahad.

Bagaimanapun, ciapan Radzi mendapat pelbagai reaksi berbeza daripada warganet yang menyokong dan mempertikaikan keputusan pembukaan semula sekolah.

Seorang pelayar, @kbahrin613 berkata, tindakan KPM seperti keputusan ‘flip-flop’ dan tidak bernas.

“Dari satu tahun Covid-19, tiada satu idea yang bernas dan keputusan yang dilakukan seperti tiada pelajaran dan tidak belajar daripada pengajaran,” katanya.

Cadangan Netizen Tentang Pembelajaran

Pada masa sama, warganet @ajidan71 turut mencadangkan jika pembelajaran secara bersemuka dilaksanakan, pihak KPM perlu mengurangkan waktu kelas dan silibus pembelajaran perlu diolah mengikut keutamaan.

Selain itu, @tckgary turut mencadangkan pihaknya perlu bahagikan kelas kepada 20 peratus untuk mengawal penjarakan sosial di sekolah.

“Ini bermakna dalam kelas yang biasa ada 40 murid, sekarang cuma lapan murid, sekurang-kurangnya murid dapat hadir di sekolah sehari dalam seminggu,” ujarnya

Sehubungan itu, warganet mahu KPM memberi penekanan terhadap kualiti dalam melaksanakan operasi pembukaan semula sekolah.

Kredit: sinarharian.com.my


Kongsikan Artikel Ini