Pengeluaran khas terakhir KWSP

Kongsikan Artikel Ini

terakhir kwsp

telegram%2Bimage

Hangat diperkatakan di media sosial tentang Pengeluaran simpanan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) 2.0 sebanyak RM10,000. Rata-rata rakyat menginginkan agar Pengeluaran Khas KWSP 2.0 diteruskan untuk keberlangsungan hidup rakyat. 

Tapi tahukah anda bahawa pengeluaran simpanan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sebanyak RM10,000 yang dilakukan pada Mac lepas merupakan pengeluaran yang terakhir di bawah inisiatif pengeluaran khas.


Pengeluaran Khas Terakhir

Pengeluaran khas RM10,000 Mac lepas merupakan pengeluaran khas terakhir yang dilakukan oleh kerajaan.

Ini merupakan pengeluaran keempat selepas i-Lestari dan i-Sinar yang dilaksanakan pada tahun 2022 dan diikuti oleh i-Citra pada Julai 2021 yang bertujuan untuk memenuhi keperluan kewangan kecemasan yang dihadapi oleh rakyat Malaysia sewaktu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).


Disaat negara dalam proses untuk membangunkan semula ekonomi dan mengalakkan rakyat untuk kembali bekerja, amatlah releven pengeluaran khas terakhir KWSP RM10,000 pada bulan Mac lepas merupakan pengeluaran yang terakhir.

Permintaan Pengeluaran Khas KWSP 2.0 RM10,000

Walaupun pengeluaran khas bulan Mac merupakan pengeluaran yang terakhir, tapi baru-baru ni awal bulan Julai, petisyen untuk menyokong pengeluaran khas KWSP 2.0 telah dilancarkan oleh rakyat.

Petisyen ini masih diteruskan sehingga 31 Julai 2022. Tujuan petisyen ini dilakukan untuk kerajaan meluluskan pengeluaran khas 2.0 KWSP untuk kelangsungan hidup rakyat. 

Terlalu banyak rakyat dan golongan yang terkesan akibat keadaan ekonomi yang semakin tinggi dalam meneruskan kelangsungan hidup. 





Petisyen Pengeluaran KWSP 2.0 RM10,000

Justeru itu, langkah menandatangani petisyen ini merupakan langkah terakhir dilakukan oleh rakyat untuk menuntut pengeluaran KWSP 2.0 ini.

Sekiranya anda bersetuju dengan gerakan tuntutan pengeluaran KWSP 2.0 ini, anda boleh klik link di bawah sebagai tanda sokongan.

Klik Di Sini: PETISYEN TUNTUTAN PENGELUARAN KWSP 2.0

Semoga kerajaan mendengar rintihan dan keluhan rakyat supaya meluluskan pengeluaran khas kwsp 2.0 ini. Amin

Kongsikan Artikel Ini