Pengecualian Perbaharui Lesen Memandu Dan Roadtax PKP ~ 1 April Sehingga 31 Mei 2021

Kongsikan Artikel Ini

lesen%2Brenew

Group%2BWhatsapp%2BInfo%2BBantuan%2BKerajaan

Disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Bersyarat dan PKP Pemulihan masih dilaksanakan. Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT) telah mengambil keputusan untuk melanjutkan pengecualian bagi tujuan perbaharui Lesen Memandu (LM) dan Lesen Kenderaan Motor (LKM) Persendirian yang akan berkuatkuasa bermula 1 April sehingga 31 Mei 2021.


Namun, para pemandu hendaklah memastikan kenderaan mereka memiliki perlindungan insurans yang sah dan menunjukkan salinan sijil perlindungan (e-cover/note insurans) mereka kepada anggota penguatkuasa trafik sekiranya diminta





Kami kongsikan kepada anda maklumat terperinci ini:

Individu Yang LM dan LKM Mereka Tamat Tempoh 1 Februari – 31 Mac 2021

Individu yang LM dan LKM mereka telah tamat tempoh antara tarikh 1 Februari sehingga 31 Mac 2021 hendaklah memperbaharui LM dan LKM masing-masing dalam tempoh 60 hari bermula 1 April sehingga 31 Mei 2021

Individu Yang LM dan LKM Mereka Tamat Tempoh 1April- 31 Mei 2021

Individu yang LM dan LKM mereka tamat tempoh pada mana-mana tarikh antara 1 April sehingga 31 Mei 2021 hendaklah memperbaharui LM dan LKM masing-masing dalam tempoh 60 hari bermula 1 Jun sehingga 31 Julai.

Sekiranya anda gagal untuk mempebaharui lesen dalam tempoh masa yang diberikan 1 April sehingga 31 Mei 2021, maka ia akan menjadi satu kesalahan dan tindakan yang berkaitan boleh untuk dikenakan.

lesen%2B1


Pengecualian Ini Tidak Diberikan Kepada Pemilik Kenderaan Perdagangan Dan Pemegang Lesen Vokasional (GDL dan PSV)

Ini disebabkan perkhidmatan pembaharuan yang berkaitan mereka dibenarkan di bawah Jadual Perkhidmatan Perlu (Essential Services).

Pembaharuan untuk perkhidmatan ini boleh dilakukan di semua kaunter pejabat JPJ, APAD, LPKP Sabah dan LPKP Sarawak di sepanjang tempoh PKP.

Kenyataan Media Menteri Pengangkutan Malaysia

lesen%2B2

lesen%2B3

Maklumat Tambahan

Semua pusat pemeriksaan kenderaan PUSPAKOM juga adalah beroperasi bagi tujuan menyediakan perkhidmatan berkaitan pembaharuan ini.

Sebarang pertanyaan lanjut boleh hubungi:

03-8000 8000 – Kementerian Pengangkutan Malaysia


Kongsikan Artikel Ini