PADU 2024 : Cara Daftar & Kemaskini Data

Kongsikan Artikel Ini

Terkini, individu yang layak mendapat bantuan kerajaan tetapi tidak mengemas kini data dalam Pangkalan Data Utama (PADU) sehingga akhir bulan ini berisiko tercicir daripada pusingan pertama penentuan kelayakan bantuan selepas program subsidi bersasar dilaksanakan.

Menteri Ekonomi Rafizi Ramli berkata individu yang tercicir perlu menunggu pusingan seterusnya apabila PADU dibuka kembali untuk kemas kini pada peringkat kekerapan berkala yang akan ditentukan oleh kerajaan.

Padu
PADU 2024 : Cara Daftar & Kemaskini Data 7

Pangkalan Data Utama (PADU) adalah satu inisiatif kerajaan yang bertujuan untuk mengumpulkan profil individu dan isi rumah termasuk warganegara dan pemastautin tetap.

Maklumat profil ini dikumpul melalui pengintegrasian data pentadbiran daripada pelbagai sumber dan dikemas kini secara berkala.

PADU direka untuk membantu kerajaan dalam melaksanakan dasar secara bersasar dan memastikan tiada penduduk yang tercicir daripada menerima bantuan atau inisiatif lain yang layak​​​​​​.

PADU 1024x590 1
PADU 2024 : Cara Daftar & Kemaskini Data 8

Artikel Berkaitan : Dakwaan Duit Hilang Lepas Daftar PADU? – Ini Penjelasannya

Apa Itu PADU?

Pangkalan Data Utama ialah sistem yang mengandungi profil individu dan isi rumah meliputi warganegara dan pemastautin tetap berumur 18 tahun ke atas di Malaysia.

Tujuan umum sistem ini diperkenalkan adalah bagi membantu kerajaan dalam melaksanakan dasar secara bersasar.

Menerusi sistem ini, maklumat profil rakyat Malaysia akan dikemas kini secara berkala melalui pengintegrasian data pentadbiran daripada pelbagai sumber.

Melalui ekosistem ini, rakyat boleh membuat semakan dan pengemaskinian maklumat secara terus dalam sistem ini.

Pengkalan Data Utama 1024x1024 1
PADU 2024 : Cara Daftar & Kemaskini Data 9

Objektif & Matlamat PADU

Objektif sistem ini diwujudkan adalah untuk:

  1. Penyediaan pangkalan data utama negara yang selamat, komprehensif dan “near real time” bagi penghasilan analitik berkala dan digitalisasi tanpa ketirisan.
  2. Penggubalan dasar dan proses membuat keputusan berpacukan data.
  3. Mengimbangi kedudukan fiskal menerusi pelaksanaan dasar secara bersasar.

Manakala, matlamat sistem ini dibangunkan adalah untuk:

  1. Meningkatkan kecekapan sistem penyampaian perkhidmatan kerajaan.
  2. Melaksanakan pengukuhan dalam penggunaan sumber yang terhad.
  3. Melaksanakan pemerkasaan sistem sosial melalui peningkatan kesejahteraan ekonomi dan rakyat.
  4. Merapatkan jurang sosioekonomi dengan memenuhi keperluan rakyat serta mengimbangi pembangunan.

Manfaat Pendaftaran

Dengan mendaftar ke dalam sistem ini, ini akan mengelakkan nama mereka yang layak tidak tercicir daripada menerima bantuan atau perlindungan sosial.

Cara Mendaftar

Untuk membuat pendaftaran ke dalam sistem ini, sila ikuti langkah-langkah mudah ini iaitu:

  1. Layari laman web https://www.padu.gov.my/.
  2. Klik bahagian ‘Log Masuk.’
  3. Klik bahagian ‘Daftar Pengguna Baru.’
  4. Isi semua maklumat yang diperlukan untuk penerimaan OTP.
  5. OTP yang diterima melalui SMS.
  6. Tetapkan kata laluan.
  7. Sekiranya pendaftaran berjaya, notifikasi akan dihantar melalui telefon bimbit.
PADU 2024
PADU 2024 : Cara Daftar & Kemaskini Data 10

Maklumat Lanjut

Maklumat lanjut mengenai PADU, sila layari laman web rasmi iaitu https://www.padu.gov.my/.

Anda mungkin berminat :


Kongsikan Artikel Ini