MyASNB ~ Cara Semak Penyata ASB Secara Online, Tak perlu Berbaris Panjang

Kongsikan Artikel Ini

MyASNB%2B %2BCara%2BSemak%2BPenyata%2BASB%2BSecara%2BOnline%252C%2BTak%2Bperlu%2BBerbaris%2BPanjang


Portal MyASNB
MyASNB merupakan sebuah portal yang dimiliki oleh Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) yang bertujuan untuk memberikan kemudahan berurusan secara atas talian.



Melalui portal MyASNB para pelanggan ASNB boleh untuk melihat pegangan dan melaksanakan urusniaga dalam talian bila-bila masa sahaja.

Tahukah anda MyASNB menyediakan pelbagai perkhidmatan untuk kemudahan pemegang unitnya. 
Antaranya termasuklah:
  • Pertanyaan butiran pegangan semasa
  • Melihat rekod transaksi portal sehingga 90 hari
  • Pelaburan tambahan
  • Kemaskini maklumat peribadi
Cara Daftar ASB Online Melalui Portal myASNB
Sebelum anda menggunakan MyASNB, terlebih dahulu anda perlu untuk mengemaskini maklumat peribadi anda seperti, alamat e-emel, nombot telefon bimbit dan alamat surat menyurat melalui mana-mana cawangan ASNB atau ejen sah ASNB seperti di pejabat pos. 
Anda cuma perlu beritahu di kaunter yang anda nak update maklumat untuk portal ASB online.
1. Buka Laman Web myASNB
asnb%2B2
2. Daftar
Klik ‘Daftar di sini’.
asnb%2B3
Baca notis pemberitahuan dan klik ‘Teruskan’
Sila baca dan fahamkan Terma dan Syarat (T&C). Tandakan kotak untuk menerima T&C dan klik ‘Setuju’
3. Isikan Butiran 
Isikan butir-butir akaun ASNB anda seperti yang tertera di skrin.
Klik ‘Seterusnya’ untuk meneruskan. 
Sahkan nombor telefon bimbit anda adalah berpadanan dengan nombor yang didaftarkan dengan ASNB dan kemudian klik ‘Request TAC’.
Masukkan kod TAC seperti yang diterima melalui SMS dan klik ‘Seterusnya’. 
asnb%2B4
Nota:
  • Jika anda tidak menerima TAC, sila klik ‘Hantar semula TAC’ selepas memastikan 4 digit terakhir nombor telefon yang dipaparkan adalah seperti yang didaftarkan. 
  • Sekiranya nombor telefon tidak dipaparkan atau tidak berpadanan, sila batalkan pendaftaran dan rujuk kepada cawangan ASNB terdekat. 

4. Cipta Akaun Portal myASNB 

  • Tentukan ‘Username’ atau ID Pengguna anda 
  • Masukkan Frasa Selamat 
  • Pilih TIGA soalan keselamatan dan masukkan jawapan yang berkenaan 
  • Klik ‘Tamat’ untuk melengkapkan pendaftaran
asnb%2B5
*Anda diingatkan supaya menyimpan maklumat penting seperti nama pengguna, kata laluan, frasa keselamatan dan jawapan untuk soalan keselamatan di tempat selamat untuk rujukan masa hadapan.
Setelah pendaftaran berjaya, anda akan diberikan kata laluan sementara untuk log masuk kali pertama. 
asnb%2B6
Nota
  • Jika nombor telefon bimbit anda telah disahkan semasa melengkapkan pendaftaran portal, kata laluan sementara anda akan dihantar melalui SMS. 
  • E-mel pengesahan akan dihantar ke alamat e-mel berdaftar anda. Sila sahkan email melalui pautan ‘Verify Email’ yang dihantar.
  • Setelah pendaftaran selesai, anda dikehendaki membuat Log Masuk Kali Pertama dengan menggunakan kata laluan sementara.
  • Kata laluan sementara yang diberikan oleh Portal myASNB akan sah selama 30 hari. Sekiranya anda tidak melakukan Log Masuk Kali Pertama dalam tempoh 30 hari tersebut, pendaftaran anda akan dikeluarkan daripada sistem.
5. Log Masuk Kali Pertama
Klik ‘Log masuk’ pada halaman yang memaparkan kata laluan sementara anda.
Anda juga boleh klik ‘Log masuk’ selepas kembali ke halaman utama myASNB.
my%2Basnb%2B1
Masukkan ID Pengguna dan diikuti dengan kata laluan sementara.
my%2Basnb%2B2
Selepas itu, sistem akan meminta anda supaya menukar kata laluan yang baru.
my%2Basnb%2B3
Kemaskini dan tukar kata laluan untuk tujuan keselamatan.
my%2Basnb%2B4
Kemudian, log masuk semula menggunakan kata laluan yang baru tadi.
Selesai!
my%2Basnb%2B5
Pengeluaran ASB Online
  • Pelabur kini boleh membuat permohonan pengeluaran ASB secara online.
  • Namun had maksimum pengeluaran hanyalah RM500 sebulan.
  • Minima sekali pengeluaran pula sebanyak RM100.
  • Hanya tiga transaksi dibenarkan dalam sebulan.
  • Info lanjut boleh rujuk di portal rasmi MyASNB.
Maklumat Lanjut
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Pusat Khidmat Pelanggan ASNB 03-7730 8899 (8 pagi – 10 malam) atau emel ke [email protected]
Semoga artikel ini bermanfaat untuk rujukan anda. 
Kredit: ecentral.my

Kongsikan Artikel Ini