Maksud Setiap Warna & Fungsi Permohonan i-Sinar Baharu

Kongsikan Artikel Ini

Maksud%2BSetiap%2BWarna%2B%2526%2BFungsi%2BPermohonan%2Bi Sinar%2BBaharu

Group%2BWhatsapp%2BInfo%2BBantuan%2BKerajaan

Berita baik untuk ahli KWSP kerana anda semua boleh untuk membuat permohonan baharu dan membuat pindaun amaun dan alamat-alamat sekiranya terdapat perubahan pada permohonan anda yang lama.


Namun begitu, masih ramai yang keliru dan tidak tahu bagaimana cara dan fungsi setiap warna permohonan i-Sinar yang baharu di portal i-Sinar KWSP.





Oleh itu, kami di Mingguankerja ingin membantu dengan memberikan kefahaman kepada anda supaya dapat menggunakan portal i-Sinar KWSP dengan cara yang betul.

Maksud Setiap Warna Permohonan i-Sinar KWSP Yang Baharu

Warna Oren

sinar%2B1

Warna oren membawa maksud permohonan baru. 

Bagi anda yang tidak sempat untuk membuat permohonan i-Sinar Kategori 1 dan Kategori 2, inilah masanya untuk anda membuat permohonan baharu.

Permohonan ini akan dibuka bermula 8 Mac 2021 sehingga 30 Jun 2021.

Jadi, ambil masa anda dan jangan lupa untuk mohon permohonan baharu ini.

Baca lebih lanjut: Cara Buat Permohonan i-Sinar Tanpa Syarat Baharu

Warna Biru

sinar%2B2

Warna biru membawa maksud Semakan Status Permohonan

Anda boleh untuk membuat semakan status permohonan anda sama ada diluluskan ataupun tidak.

Dengan membuat semakan status permohonan anda akan dapat tahu bilakah tarikh pembayaran i-Sinar anda.

Warna Ungu

sinar%2B3

Warna ungu membawa maksud Pindaan Pengeluaran.

Warna ungu paling dinanti-nantikan oleh para pemohon kerana ramai pemohon yang tersilap membuat permohonan dan ingin membuat pindaan amaun. 

Paling penting sekali, ketika membuat pindaan pengeluaran ini, anda perlu berhati-hati kerana pindaan hanya boleh untuk dilakukan sekali sahaja dan tidak ada kali kedua atau kali ketiga dan seterusnya.

Bagi mereka para pemohon yang pernah membuat pindaan amaun sebanyak RM10,000, anda tidak perlu dan boleh membuat pindaan lagi kerana had pindaan dan pengeluaran hanyalah RM10,000.

Justeru itu bagi mereka yang pernah membuat permohonan pengeluaran sebanyak Rm10,000. anda tidak perlu untuk membuat sebarang pindaan lagi.


Nota Penting Pindaan Amaun i-Sinar KWSP


1. Pindaan bagi amaun pengeluaran hanya boleh dilakukan SEKALI sahaja.
2. Bagi tujuan keselamatan, semua maklumat permohonan Pengeluaran i-Sinar terdahulu tidak akan dipaparkan.
3. Sila pastikan anda mempunyai maklumat permohonan Pengeluaran i-Sinar terdahulu sebagai rujukan bagi melancarkan proses kemas kini maklumat.
4. Anda boleh mengemas kini nombor telefon bimbit dan maklumat berkaitan bayaran seperti Butiran Akaun Bank, Amaun Pengeluaran dan Kaedah Bayaran (sekiranya perlu).
5. Jika anda memilih untuk mengemas kini Butiran Akaun Bank, sila pastikan akaun tersebut:
Adalah Milik Pemohon dan Masih AKTIF
  • Bukan Akaun Bank Bersama (joint account)
  • Bukan Akaun Bank Atas Nama Syarikat

Warna Kelabu

sinar%2B4

Warna kelabu membawa maksud Pembatalan Pengeluaran i-Sinar KWSP.

Ahli tidak dibenarkan untuk membuat permohonan i-Sinar ini selepas pembatalan permohonan berjaya dibuat.

Nota Penting Pembatalan Pengeluaran i-Sinar KWSP
  • Kemudahan pembatalan Pengeluaran i-Sinar hanya boleh dibuat SEKALI sahaja.
  • Bagi tujuan keselamatan, semua maklumat permohonan Pengeluaran i-Sinar terdahulu tidak akan dipaparkan.
  • Bayaran bulanan berulang akan terhenti dengan pembatalan Pengeluaran i-Sinar ini.

Maklumat Lanjut

Anda boleh untuk menghubungi Talian Hotline Khas i-Sinar KWSP di 03 8922 4848
  • Jam 8 pagi – 8 malam
  • Isnin – Jumaat (Kecuali cuti umum negeri Selangor dan Persekutuan)


Kongsikan Artikel Ini