KPM: Saluran TV Pendidikan DidikTV KPM Untuk Pelajar Sekolah

Kongsikan Artikel Ini

didiktv%2Bkpm

Group%2BWhatsapp%2BInfo%2BBantuan%2BKerajaan

Berita baik bagi pelajar-pelajar sekolah yang belajar daripada rumah! Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memperkenalkan saluran khusus TV Pendidikan yang dikenali sebagai DidikTV KPM.


Tarikh Siaran DidikTV KPM

  • DidikTV KPM ini akan bermula pada 17 Februari 2021. 
  • Saluran ini bersiaran bermula jam 7.00 pagi sehingga jam 12.00 tengah malam setiap hari.



Tujuan Wujudnya DidikTV KPM

Pewujudan saluran khusus ini merupakan usaha berterusan KPN dalam meningkatkan akses kepada pendidikan berkualiti bagi semua murid di seluruh negara. 

Sebelum ini KPM telah menyediakan program TV Pendidikan selama sebelas jam melalui TV Okey RTM, Tutor TV ASTRO dan DidikTV@ntv7. 

Kini buat pertama kalinya, KPM memperkenalkan saluran khusus TV pendidikan secara terestrial dengan pengisian dari jam 7.00 pagi sehingga 12.00 tengah malam setiap hari.

Saluran DidikTV KPM

Anda boleh menonton DidikTV KPm menerusi saluran 107 di MYTV, saluran 147 di ASTRO dan saluran ntv7 di TV UNIFI.

Bagi set TV Digital Bersepadu (iDTV) yang menggunakan antena, saluran DidikTV KPM boleh dilakukan menerusi penalaan automatik.

Program Rancangan DidikTV KPM

DidikTV KPM akan menyiarkan program yang diterbitkan khusus dengan berteraskan kurikulum dan kokurikulum KPM.

Saluran ini juga akan menyiarkan berita mengenai dunia pendidikan, program bercorak didik hibur serta kandungan yang dihasilkan oleh para murid. 

Program antarabangsa yang bersesuian juga akan turut disiarkan.

Saluran DidikTV KPM merupakan salah satu platform yang bertujuan memperkasakan budaya ilmu, menerapkan nilai-nilai murni dan mewujudkan masyarakat berinformasi.  

Kenyataan Media KPM Tentang Saluran DidikTV KPM

didiktv


Muat Turun Jadual Siaran: Jadual Siaran DidikTV KPM NTV7

Semoga saluran DidikTV KPM akan memberi manfaat kepada para pelajar untuk menuntut ilmu menerusi saluran ini. 


Kongsikan Artikel Ini