KKM Teliti Keputusan Rentas Negeri Hari Raya Aidilfitri

Kongsikan Artikel Ini

rentas%2Bnegeri

Group%2BWhatsapp%2BInfo%2BBantuan%2BKerajaan
PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan (KKM) akan mengambil kira pandangan pakar kesihatan awam sebelum memuktamadkan masa sesuai untuk membenarkan perjalanan rentas negeri.


Ia termasuk cadangan supaya rentas negeri hanya dibenarkan selepas minggu kedua Aidilfitri dan majoriti kumpulan rentan, khususnya warga emas telah diberikan vaksin COVID-19.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba, berkata pihaknya ketika ini hanya membentangkan enam petunjuk kepada kerajaan dalam menentukan kaedah terbaik membenarkan perjalanan rentas negeri.

Belum Ada Sebarang Keputusan Muktamad Rentas Negeri

Namun, beliau berkata, belum ada sebarang keputusan muktamad dibuat mengenai masa sesuai untuk membenarkan perjalanan rentas negeri.
“Kita memaklumkan petunjuk kepada kerajaan supaya ia dapat dipenuhi terlebih dahulu sebelum perjalanan rentas negeri dibenarkan kerana bimbang akan mencetuskan jangkitan baharu.

Meneliti Pandangan Pakar Kesihatan Awam

“Kita juga sedang meneliti pandangan mereka (pakar kesihatan awam).
“Insya-Allah, perkara ini akan dibawa kepada kerajaan bagi menentukan masa sesuai untuk membenarkan rentas negeri,” katanya pada sidang media, hari ini.
Beliau mengulas cadangan pakar kesihatan awam supaya perjalanan rentas negeri sempena Aidilfitri tahun ini, ditangguhkan.


Kongsikan Artikel Ini