Kelonggaran Pemakaian Pakaian Seragam Sekolah Bermula 1 Mac Hingga 26 Mac 2021

Kongsikan Artikel Ini

pakaian%2Bseragam%2Bsekolah

Group%2BWhatsapp%2BInfo%2BBantuan%2BKerajaan

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) pada 19 Februari 2021 telah mengumumkan tarikh pembukaan sekolah untuk sesi pengajaran dan pembelajaran (PdP) secara bersemuka yang akan dilaksanakan secara berperingkat bermula 1 Mac 2021.


KPM menerima banyak pertanyaan daripada ibu bapa tentang pemakaian pakaian seragam sekolah apabila sesi persekolahan dibuka kelak.





Pakaian Seragam Sekolah

Untuk makluman, murid perlu memakai pakaian seragam sekolah untuk hadir ke sekolah seperti yang dinyatakan dalam Surat Pekeliling Ihktisas 3/1983: Pakaian Seragam Murid-Murid Sekolah.

Namun begitu, mengambil kira keadaan semasa, KPM ingin memaklumkan bahawa murid yang belum mempunyai pakaian seragam sekolah diberi kebenaran untuk memakai pakaian yang sesuai dan kemas serta sopan untuk hadir ke sekolah.

Kebenaran Bermula 1 Mac Hingga 26 Mac 2021

Kebenaran ini diberikan bermula 1 Mac sehingga 26 Mac 2021, iaitu sehingga cuti pertengahan penggal persekolahan tahun 2021. KPM berharap agar kebenaran ini membolehkan semua murid kembali hadir ke sekolah bagi mengikuti pembelajaran secara bersemuka.

Kenyataan Media Pemakaian Pakaian Seragam Sekolah

pakaian%2Bseragam%2Bsekolah



Kongsikan Artikel Ini