iSinar Tanpa Syarat: Tarikh Bayaran Bermula 2 Mac 2021

Kongsikan Artikel Ini

Tarikh%2BBayaran%2BISINAR%2BTanpa%2BSyarat%2B2021%2B%25281%2529

Group%2BWhatsapp%2BInfo%2BBantuan%2BKerajaan


Permohonan baharu menerusi pemansuhan kriteria serta syarat kemudahan i-Sinar akan dibuka bermula 8 Mac 2021 kepada semua ahli dibawah umur 55 tahun, tertakluk kepada baki caruman didalam Akaun 1 KWSP ahli.


Tarikh Bayaran i-Sinar Mac 2021



Umum mengetahui bahawa pemansuhan kriteria serta syarat kemudahan i-Sinar telah diumumkan pada bulan Februari 2021. Berikutan daripada itu, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengumumkan bahawa bayaran akan dibuat bermula 2 Mac 2021 serta kelulusan berperingkat diberikan bagi permohonan yang telah dibuat sebelum 25 Februari 2021.


Bermula 8 Mac 2021 juga, kelonggaran akan diberikan kepada ahli bagi membuat pindaan pada butiran permohonan seperti jumlah yang dipohon, maklumat bank, alamat, nombor telefon serta mod bayaran di laman i-Sinar atas talian.

Kelulusan i-Sinar Dipermudahkan



  • Menurut KWSP, bagi ahli di bawah umur 55 tahun yang telah membuat permohonan bagi kemudahan i-Sinar akan diberikan kelulusan bermula 8 Mac 2021
  • Ini termasuk mana-mana permohonan baharu yang diterima selepas tarikh tersebut, tertakluk kepada baki yang sedia ada dalam Akaun 1 ahli
  • Pemansuhan kriteria i-Sinar sebelum ini bermakna pembayaran interim RM1,000 yang dilaksanakan pada bulan lepas akan dihentikan

Jumlah Pengeluaran i-Sinar


  • Bagi ahli yang mempunyai simpanan sebanyak RM100,000 dan ke bawah (Akaun 1), mereka mempunyai akses kepada jumlah pengeluaran sehingga RM10,000. Pembayaran akan dibuat secara berperingkat dalam tempoh maksimum enam (6) bulan dengan bayaran pertama sehingga jumlah maksimum RM5,000
  • Bagi ahli yang mempunyai lebih dari RM100,000 (Akaun 1), mereka mempunyai akses kepada jumlah pengeluaran sehingga 10% daripada simpanan Akaun 1 mereka. Walau bagaimanapun, jumlah pengeluaran maksimum yang dibenarkan adalah sebanyak RM60,000. Pembayaran akan dibuat secara berperingkat dalam temboh enam (6) bulan dengan bayaran pertama sehingga RM10,000

Bila Tarikh Sesuai Untuk Membuat Permohonan i-Sinar Semula?

KWSP menasihatkan agar ahli yang belum pernah membuat permohonan bagi kemudahan i-Sinar untuk menangguhkan permohonan mereka sehingga i-Sinar yang telah dikemaskini dilancarkan pada 8 Mac.

Hal ini bertujuan untuk memendekkan masa yang diperlukan untuk proses permohonan mereka dan mempercepatkan pembayaran wang i-Sinar.


Maklumat Lanjut

Anda boleh menghubungi hotline khas i-Sinar di 03-89224848. Untuk pertanyaan umu, ahli boleh menghubungi Pusat Pengurusan Perhubungan KWSP di 03-8922 6000 ataupun melayari laman web www.kwsp.gov.my.


Kongsikan Artikel Ini