Ini Cara Keluarkan Duit ASB Secara Online Tahun 2022

Kongsikan Artikel Ini

AVvXsEhNMYBH5DA4RJsdwNFxagP7 9IU KhvUJ4oQWt59rWlVi7fDgcKtxSY6EoZfWRShfzv

telegram%2Bimage
 

Sesuai dengan keadaan pandemik yang masih melanda negara, Pengeluaran ASB secara Online adalah langkah yang dianggap bersesuaian. Segala urusan secara langsung kurang digalakkan bagi membendung penularan wabak yang masih lagi menular dikalangan rakyat Malaysia. Maka inisiatif ASNB ini sangat bertepatan dengan kehendak dan keperluan pelanggan.

Portal MyASNB ini dimiliki sepenuhnya oleh Amanah Saham Nasional Berhad. Ia merupakan sebuah platform dalam talian yang mudah serta selamat bagi pelanggan ASNB untuk melihat pegangan dan pelaksanaan urusniaga dalam talian di mana sahaja pada bila-bila masa.

AVvXsEhzLvJ5kjmoedSVkC9ZM61bZy7SjAKpeNpC hnsoPf6 Focj6F1RKkkCzeiYghs8400nzrU6xBVluQpAf7rFGVpUwSt

 

Info Penting Tentang Pengeluaran ASB Online

 

  • Pemegang unit ASNB dibenarkan untuk mengeluarkan duit ASB dari akaun sendiri secara online Bermula 20 April 2020.
  • Had maksimum pengeluaran yang dibenarkan adalah RM500 sebulan.
  • Jumlah minimum untuk sekali pengeluaran ialah RM100.
  • Berikut adalah akaun unit amanah ASNB seperti Amanah Saham Bumiputera, Amanah Saham Nasional, Amanah Saham Wawasan 2020 dan lain-lain lagi.
  • Semua unit amanah boleh dikeluarkan, kecuali ASN Equity 5 dan ASN Sara 2
  • Jumlah transaksi dibenarkan hanyalah sebanyak 3 kali sebulan.
  • Boleh keluarkan duit ASNB secara percuma

 

Cara Keluarkan Duit ASB

1) Secara Online:

Berikut adalah cara untuk cashout duit ASNB secara online:

  1. Sila log in ke laman web https://www.myasnb.com.my/
  2. Kemudian, klik ‘Portfolio’ dan klik pada ‘Transaksi’ yang dikehendaki. Pilih ‘Jualan Balik’.
  3. Pastikan maklumat bank anda betul dan klik ‘Seterusnya’.
  4. Baca tanda kotak pengisytiharan dan klik ‘Seterusnya’.
  5. Masukkan amaun, tandakan kotak pengisytiharan dan klik ‘Seterusnya’.
  6. Semak semula butiran bank anda di notifikasi dan klik ‘Teruskan’.
  7. Klik ‘Permintaan TAC’, isikan dan klik ‘Seterusnya’.
  8. Tranksasi anda berjaya.

2) Melalui Cawangan ASB:

Berikut adalah cara keluarkan duit ASNB melalui cawangan ASNB:

  1. Sila hadir ke cawangan ASNB berdekatan dengan anda dan bawa kad pengenalana.
  2. Lengkapkan Borang Jualan Balik (ASNB JB)
  3. Serahkan Borang Jualan Balik (ASNB JB)
  4. Borang anda disemak dan pengeluaran dibuat.
  5. Urusan anda selesai

3) Melalui Bank (CIMB,BSN,RHB,MAYBANK):

Sila hadir ke ejen-ejen ASB di bank berdekatan seperti Maybank, CIMB, Affin Bank, RHB, BSN, Ambank, Hong Leong, Alliance Bank.

Berikut adalah contoh cara untuk keluarkan duit ASNB melalui bank:

  1. Sila hadir ke ejen ASN di bank ( contoh Maybank, CIMB, Affin Bank, RHB, BSN, Ambank, Hong Leong, Alliance Bank)
  2. Sila bawa kad pengenalan(IC)
  3. Kemudian ke kaunter pertayaan dan maklumkan tujuan anda untuk mengeluarkan duit ASNB.
  4. Anda akan diberi BORANG JUALAN BALIK (sila lengkapkan maklumat ASNB anda dan amaun diperlukan)
  5. Sila tungu giliran anda dan turunkan pengesahan cap jari dan duit ASNB anda akan dimasukan ke dalam bank ( contoh Maybank, CIMB, Affin Bank, RHB, BSN, Ambank, Hong Leong, Alliance Bank)

4) Melalui Pejabat Pos:

Berikut adalah contoh cara untuk keluarkan duit ASNB melalui pejabat pos:

  1. Sila hadir ke pejabat berhampiran
  2. Sila bawa kad pengenalan(IC)
  3. Kemudian ke kaunter pertayaan dan maklumkan tujuan anda untuk mengeluarkan duit ASNB.
  4. Anda akan diberi BORANG JUALAN BALIK (sila lengkapkan maklumat ASNB anda dan amaun diperlukan)
  5. Sila tunggu giliran anda dan turunkan pengesahan cap jari dan duit ASNB anda akan diberikan secara tunai.

 

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk laman sesawang di www.asnb.com.my atau menghubungi Pusat Perkhidmatan Pelanggan ASNB di talian 03 – 7730 8899.

 

Kongsikan Artikel Ini