i-Sinar KWSP: Maksud Setiap Warna Permohonan i-Sinar KWSP ~ Wajib Anda Tahu

Kongsikan Artikel Ini

maksud%2Bwarna%2Bi%2Bsinar%2Bkwsp

Group%2BWhatsapp%2BInfo%2BBantuan%2BKerajaan

Memandangkan i-Sinar kategori 2 telah pun dibuat, ramai pemohon yang membuat permohonan yang terkini di laman web i-Sinar. Walaupun permohonan i-Sinar kategori 1 mereka tidak diluluskan, namun para pemohon masih lagi berusaha untuk  membuat permohonan kali kedua.


Namun, masih ramai yang masih keliru dengan warna status permohonan i-Sinar KWSP. Adakah permohonan mereka diluluskan? Ditolak? Atau dokumen mereka yang tidak lengkap? 



Kami kongsikan maksud definisi ringkas warna i-Sinar permohonan anda.

Warna Hijau: Permohonan Diluluskan

Sekiranya  permohonan anda menunjukkan warna hijau, ini bermakna permohonan anda sudah diluluskan. Jangan risau anda hanya cuma perlu tunggu saja pembayaran ke dalam bank akaun anda.

i%2Bsinar%2B1


Warna Biru: Permohonan Diterima

Warna biru bermaksud permohonan anda telah pun diterima. Anda boleh untuk membuat semakan status permohonan selepas 21 hari bekerja daripada tarikh permohonan ini dibuat.  

Bayaran interim RM1,000.00 akan dibayar dalam tempoh 7 hari kepada ahli yang telah membuat pnegisytiharan kendiri dan dokumen tambahan. Permohonan ini juga tertakluk kepada semakan dan kelulusan selanjutnya. 

Maknanya anda layak terima bayaran interim namun keputusan sama ada lulus atau tidak permohonan i-sinar kategori 2 anda perlu semak selpas 21 hari bekerja dibuat. 

i%2Bsinar%2B2


Warna Merah: Permohonan Belum Dapat Diluluskan

Warna merah bermaksud permohonan belum dapat diproses sepenuhnya. Anda dinasihatkan untuk terus menghubungi talian hotline khas i-sinar 03-89224848. 

Tetapi ada juga pemohon yang pada awalnya berwarna merah kemudian bertukar ke warna biru. Para pemohon perlu cakna dengan warna permohonan dan sentiasa semak daripada semasa ke semasa. 

i%2Bsinar%2B3


Warna Ungu: Permohonan Diterima

Permohonan i-Sinar kategori 2 diluluskan tetapi anda dapat bantuan interim untuk bulan ini. Kemudian pada bulan depan akan dibayar baki bayaran bulan pertama (setelah ditolak bayaran interim RM1,000.00 + bayaran kedua.

i%2Bsinar%2Bungu


Warna Oren: Pemohon Perlu Memuat Naik Dokumen Tambahan Untuk Proses Seterusnya

Permohonan anda diterima oleh pihak KWSP. Namun masih memerlukan dokumen tambahan untuk diproses sepenuhnya.

i%2Bsinar%2Boren


Hubungi Talian Hotline Khas i-Sinar 03-89224848 untuk maklumat selanjutnya.

Semoga dipermudahkan segala urusan para pemohon.

Sumber


Kongsikan Artikel Ini