i-Sinar Kategori 2: Contoh Dokumen Sokongan Diperlukan

Kongsikan Artikel Ini

Dokumen%2BSokongan%2BISINAR%2B%25281%2529%2B%25281%2529%2B%25281%2529%2B%25281%2529%2B%25282%2529%2B%25281%2529%2B%25281%2529%2B%25281%2529%2B%25281%2529%2B%25281%2529

i-Sinar Kategori 2: Contoh Dokumen Sokongan Diperlukan | Kerajaan melalui Menteri Kewangan, Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz mengumumkan Program i-SINAR RM 10000 kini diperluaskan kepada sekitar lapan juta ahli yang menghadapi masalah kewangan semasa mendepani pandemik COVID-19 ketika ini.

Menteri Kewangan berkata, sekitar lapan juta pencarum KWSP layak untuk buat permohonan pengeluaran i-SINAR berbanding hanya 600 ribu pencarum sebelum ini. “Saya dengar kesusahan rakyat di media sosial termasuk tuntutan semua Ahli Yang Berhormat, sukacita dimaklumkan Program i-Sinar diperluaskan kepada ahli terjejas pendapatan tidak kira hilang pekerjaan atau terkurang pendapatan. Mereka layak memohon pengeluaran tanpa mengira sektor.”


CONTOH DOKUMEN SOKONGAN DIPERLUKAN BAGI PEMOHON I-SINAR KATEGORI 2


Pada artikel kali ini, Mingguan Kerja akan berkongsi kepada anda contoh dokumen bukti pendapatan anda terjejas bagi pencarum kategori 2.


Kategori%2B2%2BISINAR%2B%25281%2529

1. NOTIS PEMBERHENTIAN KERJA AHLI KWSP

Sila lampirkan notis diberhentikan kerja daripada majikan lama ahli bagi membuktikan pendapatan ahli terjejas

2. NOTIS CUTI TANPA GAJI AHLI KWSP

Sila lampirkan notis cuti tanpa gaji daripada majikan ahli bagi membuktikan pendapatan ahli terjejas


91311823 2503668753227978 6411677219856318464 n
contoh notis diberikan cuti tanpa gaji


3. NOTIS POTONGAN GAJI AHLI KWSP

Sila lampirkan notis potongan gaji daripada majikan ahli bagi membuktikan pendapatan ahli terjejas

4. NOTIS POTONGAN ELAUN AHLI KWSP

Sila lampirkan notis potongan elaun daripada majikan ahli bagi membuktikan pendapatan ahli terjejas

5. NOTIS POTONGAN OT (ELAUN KERJA LEBIH MASA) AHLI KWSP


Sila lampirkan notis tiasa OT/Kerja lebih masa daripada majikan ahli bagi membuktikan pendapatan ahli terjejas

6. PENYATA AKAUN PERNIAGAAN/LAPORAN PENDAPATAN BULANAN (Bagi yang bekerja sendiri)

Sila lampirkan penyata akaun bank syarikat/akaun individu ahli bagi membuktikan pendapatan ahli terjejas iaitu slip gaji sebelum dan selepas pengurangan pendapatan.


SURAT AKAUN PENGESAHAN PENDAPATAN AHLI KWSP

Dokumen sokongan i-SINAR ini penting untuk disertakan bersama permohonan sebagai bukti bahawa pencarum benar-benar terjejas perihal kewangan dan punca pendapatannya. Justeru, penyata akaun pengesahan pendapatan sangat diperlukan oleh KWSP bagi pencarum yang dibuang kerja dan mula bekerja sendiri kerana sudah tidak mempunyai slip gaji. Selain itu juga, tidak semua pekerja bermajikan tidak mempunyai slip gaji. Oleh itu pemohon perlu juga menyediakan surat akaun pengesahan pendapatan sebagai bukti.

KENAPA PERLU DOKUMEN SOKONGAN i-SINAR ?

Dokumen sokongan seperti surat surat akaun pengesahan merupakan sebagai bukti bahawa pemohon betul-betul memerlukan i-SINAR bagi meneruskan kelangsungan kehidupan yang kian mencabar dalam tempoh COVID-19.

Oleh itu, pemohon akan mengisi maklumat dalam surat pengesahan tersebut dengan menyatakan jumlah sebenar pendapatan mereka dan tidak berpeluang menipu kerana surat tersebut perlu mendapatkan pengesahan dari individu yang mengenali dan mengetahui jenis pekerjaan dan taraf hidup pemohon.

MAKLUMAT LANJUT & PERTAYAAN

Jika ada pertayaan tentang i-Sinar, sila hubungi pihak KWSP di talian 03-8922 6000 atau melayari https://www.kwsp.gov.my/ untuk mendapatkan maklumat lanjut.


Kongsikan Artikel Ini