GrEP MARA 2021: Pinjaman Pasca Siswazah Bagi Sarjana & Doktor Falsafah

Kongsikan Artikel Ini

GREP%2BMARA%2B2021%2B%25281%2529

GRADUATE EXCELLENCE PROGRAMME (GrEP) MARA 2021

MARA telah menawarkan pinjaman pelajaran dalam bentuk pinjaman boleh ubah ke peringkat Pasca Siswazah (Sarjana dan Doktor Falsafah) di Institusi Pengajian Tinggi terkemuka dalam dan luar negara kepada graduan cemerlang dalam bidang yang memberi impak besar kepada keperluan guna tenaga negara.

Tarikh Permohonan GrEP MARA 2021

Permohonan secara atas talian telah mula dibuka pada 21 Jun kelmarin sehingga 5 Julai 2021.

Syarat Umum Permohonan

  1. Pemohon dan salah seorang ibu ATAU bapa adalah berketurunan Bumiputera dan warganegara Malaysia.
  2. Had umur pemohon pada 31 Disember 2021:
    • SARJANA
      • Dalam Negara : <40 tahun
      • Luar Negara : <35 tahun
    • Doktor Falsafah
      • Dalam Negara : <45 tahun
      • Luar Negara : <40 tahun
__________________________________________________________________________

Anda mungkin berminat pada jawatan kosong ini
_________________________________________________________________________
  1. Pemohon telah menamatkan pengajian di peringkat Ijazah Pertama/Sarjana dengan kejayaan akademik cemerlang (Rujuk syarat kelayakan akademik).
  2. Pemohon wajib disahkan mempunyai kesihatan yang baik oleh seorang pengamal perubatan berdaftar serta bebas dari mengandung, penyakit mental, cacat fizikal, penyakit berjangkit (HIV-AIDS, Hepatitis B & C dan lain-lain), epilepsi, penyakit genetik dan penyalahgunaan dadah.
  3. Pemohon/Ibu/Bapa/Penjaga/Pasangan tidak termasuk dalam Senarai Hitam (blacklisted) MARA atau dalam tindakan UndangUndang MARA.
  4. Tidak mendapat bantuan kewangan/tajaan daripada mana-mana agensi bagi pengajian di peringkat yang sama.
  5. Mendapat pelepasan/penangguhan kontrak perkhidmatan atau bayaran balik pinjaman daripada badan penaja lain. Bagi calon yang sedang dalam perkhidmatan perlu mendapat kelulusan cuti belajar atau pengesahan bertulis daripada majikan.
  6. Tidak pernah ditamatkan bantuan oleh mana-mana penaja atas sebab tindakan disiplin, menyalahi undang-undang negara serta tidak pernah diberhentikan oleh mana-mana Institusi Pengajian atas masalah akademik/disiplin.



Rujuk Syarat Kelayakan Akademik di SINI.

grep mara 2021

Tempoh Pinjaman GrEP MARA

Tempoh bagi pinjaman (maksimum) setiap peringkat pengajian adalah seperti yang berikut:

  • Sarjana : 2 tahun
  • Doktor Falsafah : 4 tahun

Panduan Permohonan GrEP MARA 2021

Permohonan perlu dibuat secara atas talian (online) dengan melayari laman web rasmi MARA http://www.mara.gov.my mulai 21 Jun sehingga 05 Julai 2021.

Pautan Permohonan Dalam Talian – https://myeduloan.mara.gov.my/v3/#/Login

Rujuk panduan penuh di pautan berikut:

Permohonan yang tidak mendapat maklum balas daripada pihak MARA selepas tiga (3) bulan daripada tarikh iklan adalah telah dianggap tidak berjaya dan keputusan muktamad.

Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut boleh berhubung seperti butiran yang di bawah:

Bahagian Penganjuran Pelajaran
Tingkat 10, Ibu Pejabat MARA
21 Jalan MARA, 50609 Kuala Lumpur
Telefon : 03-2613 2103 / 2054 (GrEP@ Luar Negara)
03-2613 2584 / 2106 / 2083(GrEP@ Dalam Negara)

E-mel:

[email protected] (bagi permohonan dalam negara)
[email protected] (bagi permohonan luar negara)


Kongsikan Artikel Ini