Fresh Graduate Muda Susah Tembusi Pasaran Kerja? ~ Kami Kongsi 6 Tips Penting Ini

Kongsikan Artikel Ini

20190422 HR Asia Website Malaysian Fresh Graduate Report Image

Persaingan dalam pasaran kerja semakin hari semakin sengit dengan lambakan graduan yang baru sahaja menghabiskan pembelajaran di peringkat Universiti. Persaingan sengit ini berlaku disebabkan para graduan yang mempunyai bakat dan kebolehan yang tesendiri yang menyebabkan mereka boleh untuk mendapatkan kerja yang mereka inginkan. Namun demikian, bagi anda yang masih tidak lagi mendapat sebarang pekerjaan, jangan cepat berputus asa dan teruslah berusaha untuk mencapai kejayaan dalam pasaran kerja yang anda idam-idamkan. 



Kami di mingguankerja akan berkongsi kepada anda beberapa tips untuk membantu anda meningkatkan kebolehpasaran anda supaya anda berjaya bersinar dan kelihatan menarik pada pandangan majikan. 

1. Aplikasikan ‘Soft Skill’ Dalam Bekerja
Komunikasi, kerjasama berpasukan, kaedah penyelesaian masalah dan berfikiran kreatif merupakan antara soft skill yang dititik beratkan oleh majikan di mana-mana organisasi. Jadi serlahkan soft skill anda dengan penuh keyakinan dan jangan segan untuk berkongsi pencapaian pengalaman lalu bagi membuktikan yang anda sememangnya memiliki sifat tersebut serta bukan fake semata-mata. Jadi jangan malu dan segan untuk serlahkan soft skill anda kepada majikan. 
1579270413 soft skills
2. Membina Imej Personaliti Anda Di Media Sosial
Media sosial seperti Facebook, Instagram dan Twitter bukan sekadar tempat bersantai buat para graduan. Media sosial ini boleh dimanfaatkan sebagai medan untuk membina jenama masing-masing sebagai influencer. Gunakan platform ini untuk menonjol dan memperkenalkan diri anda serta pengetahuan mengenai industri kerja yang dipohon. Apa yang penting, terus kekal aktif di media sosial atau anda juga boleh ke persidangan berkaitan dan jangan lupa kemas kini update terkini supaya kehadiran anda disedari bakal majikan.
511 5110225 logo media sosial png transparent png

3. Bergiat Aktif Dalam Organisasi Profesional 
Sekadar menyertai persatuan berkaitan industri tidak menjanjikan laluan mudah untuk menambat hati majikan sebaliknya, graduan diminta turut memainkan peranan dalam organisasi itu. Misalnya, anda mungkin boleh secara sukarela menawarkan diri menjadi individu yang bertanggungjawab mengendalikan jemputan dalam sesuatu acara yang dianjurkan. Aktif dalam persatuan dapat meluaskan lagi peluang anda dalam membina rangkaian sekali gus mewujudkan hubungan dengan pihak majikan.
Top 10 Tips for Managing Down


4. Mempelajari Skill Baharu dan Berusaha Menambah Baik Skill Sedia Ada 
Kenal pasti skil yang amat dituntut majikan dan cuba kuasai kemahiran itu untuk tampil berbeza berbanding calon pencari kerja lain. Skil sentiasa perlu ditambah baik dari semasa ke semasa dan ia tidak hanya terhad kepada soal teknikal pekerjaan masing-masing tetapi juga membabitkan skil semasa temu duga dan kemampuan bercakap di depan orang ramai.

5. Manfaatkan Pengalaman Dalam Pengurusan 
Manfaatkan peluang ketika menjalani latihan praktikal di organisasi selama dua hingga enam bulan untuk merasai selok-belok dalam hal pengurusan. Apa yang penting, sentiasa bersedia menghulurkan bantuan sekiranya pertolongan anda diperlukan oleh rakan senior. Amalan ini akan memberi kelebihan kepada anda agar lebih cekap jika terlibat dalam sebarang bentuk tugasan kelak.


6. Mantapkan Resume
Resume sememangnya memainkan peranan penting sebagai gambaran pertama majikan terhadap anda. Hasilkan resume yang komprehensif, mudah dan bersih untuk dibaca majikan di samping beri penekanan kepada pencapaian dan sumbangan anda. Penggunaan kata-kata kunci pada resume juga penting untuk membantu menonjolkannya.
Resumaker app image June 2020

Semoga perkongsian ini bermanfaat dan membantu anda untuk menjadi graduan yang berjaya dalam pasaran kerja.


Sumber: Jobstore.com

Kongsikan Artikel Ini