Elak Konflik Kerja dan Keluarga sewaktu bekerja dari rumah ~ Ini 5 Tips Work From Home

Kongsikan Artikel Ini

5%2BTips%2BWork%2BFrom%2BHome


Lanjutan pengumuman PKP, PKPB dan PKPD yang diumumkan oleh Perdana Menteri Malaysia baru-baru ini, pastinya membuatkan segelintir pekerja untuk  bekerja dari rumah bagi beberapa minggu lagi.




Tidak dinafikan ada segelintir majikan yang masih memberi kebenaran untuk para pekerja bekerja daripada rumah bagi mengelakkan dan mengurangkan jangkitan covid-19 yang semakin meningkat daripada hari ke hari.

Persoalan yang paling menarik ialah, adakah anda selesa untuk bekerja daripada rumah?

Pastinya terdapat beberapa gangguan yang kita tidak dapat elakkan sewaktu membuat kerja daripada rumah bukan? Menurut sebuah kajian yang dijalankan, masalah peranan, masalah kerja dan keluarga di rumah sebenarnya berpotensi untuk menurunkan produktiviti bekerja anda. Oleh itu, masalah dan konflik yang timbul ini perlu diatasi kerana jika dibiarkan berterusan akan menyebabkan masalah kesihatan mental


Kami kongsikan kepada anda tips daripada Pakar Psikologi Klinikal, Dr Jamilah Hanum ABdul Khaiyom tentang langkah yang boleh dilakukan sepanjang tempoh pelaksanaan bekerja dari rumah:


1. Kurangkan gangguan


Anda boleh untuk kurangkan apa-apa perkara yang boleh menambah gangguan anda. Contohnya, anda tetapkan atau buat satu ruang khas yang selesa untuk anda bekerja di rumah. 


Ini akan dapat memastikan kurangnya gangguan daripada sudut fizikal. Ahli keluarga anda akan maklum dengan ruang khas tersebut dan tidak akan menggangu anda sewaktu membuat kerja di rumah.


Dari sudut mental, usaha ini membolehkan anda untuk fokus sepenuhnya dengan kerja yang dilakukan.


Tambahan pula,  lebih baik sekiranya anda berbincang bersama dengan ahli keluarga dengan memberitahu waktu anda bekerja dan waktu anda untuk berehat supaya mereka memahami waktu bekerja anda. Justeru, mereka tidak akan menganggu anda sewaktu melakukan aktiviti kerja.


2. Menetapkan matlamat harian dan matlamat menuju tamat PKP


Anda boleh untuk menetapkan matlamat untuk mencapai sesuatu dalam tugasan pekerjaan. Langkah ini boleh dilakukan dnegan membuat senarai semak pada matlamat harian dan juga matlamat menuju hari terakhir Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).


Dengan ini, anda lebih fokus dan menjadi lebih bertanggungjawab dalam menyiapkan tugasan yang diberikan oleh majikan.


3. Tetapkan sempadan yang jelas dari segi waktu bekerja


Tahukah anda? Menurut kajian, mereka yang bekerja dari rumah akan  bekerja lebih masa berbanding mereka yang bekerja di pejabat.


Hal ini kerana sempadan atau had waktu bekerja tidak jelas di antara kerja dan kehidupan harian individu. Maka, anda perlu untuk menetapkan sempadan dalam tugasan harian dan dalam masa sama anda patuh kepada jadual waktu bekerja yang anda sudah tetapkan setiap hari.


4. Sentiasa berkomunikasi antara majikan dan pekerja


Apabila kerja dari rumah, akan melibatkan komunikasi secara dalam maya sahaja. Disebebkan itulah, kadang berlaku konflik salah faham antara dua pihak yang sering berlaku. Contohnya situasi apabila majikan mengharapkan pekerja segera menjawab soalan atau arahan melalui whatssap atau emel.


Oleh itu, anda wajib untuk membuat pelan komunikasi bagi mengelakkan kedua-dua pihak tidak tertekan dan stress dengan lambakan kerja. Anda sebagai pekerja perlulah bersedia dengan arahan tugasan yang diberikan oleh majikan dan sentiasa cakna dan peka dengan tugasan-tugasan yang diberikan secara maya.


5. Bina kualiti sosial secara atas talian


Walaupun anda bekerja dari rumah, namun itu bukan alasan untuk anda tidak boleh membuat kualiti kehidupan dengan bersosial.


Dengan teknologi, anda boleh untuk berbuat demikian menggunakan aplikasi-aplikasi berjumpa dan meeting secara atas talian.


Majikan hendaklah mengambil inisiatif untuk membenarkan pekerja bersosial seperti bertanya khabar atau mengadakan perbincnagan ringan terlebih dahulu sebelum memulakan agenda penting dalam mesyuarat. 


Perkara ini penting untuk membina hubungan sosial dalam masa sama membina kepercayaan antara majikan dan pekerja


Semoga bekerja dari rumah tidak menghalang anda untuk menjadi seorang pekerja yang produktif dan  terus semangat meneruskan kerja-kerja harian!

Sumber: astroawani.com


Kongsikan Artikel Ini