Duit Kertas Anda Rosak? ~ Ini Cara Mudah Tukar Wang Rosak Di Bank

Kongsikan Artikel Ini

Duit%2BKertas%2BAnda%2BRosak%2BIni%2BCara%2BMudah%2BTukar%2BWang%2BRosak%2BDi%2BBank
Tahukah anda sekiranya anda mempunyai duit kertas yang rosak di rumah, anda boleh untuk menukarnya dengan duit baharu. Ya! anda tidak perlu untuk membuangnya ke dalam tong sampah.



Wang kertas yang rosak, sebenarnya masih lagi bernilai jika ditukarkan di Bank Negara Malaysia. Terdapat beberapa syarat penerimaan wang kertas rosak kepada baharu.

Bank Negara Malaysia menerima wang kertas dan duit syiling yang tidak sesuai untuk edaran untuk ditukar kepada duit baharu seperti:
  • duit terbakar
  • terkoyak
  • berlubang
  • kotor/lusuh
  • kecut (kebanyakkannya duit polimer/ plastik)
  • dimakan anai-anai
  • luntur warna
  • cacat
  • hilang ciri-ciri keselamatan
  • dan banyak lagi.

Cara Tukar Duit Kertas Rosak
Anda hendaklah membawa wang kertas/wang polimer atau duit syiling yang rosak tadi ke mana-mana cawangan Bank Negara Malaysia yang berhampiran dengan tempat anda. 

Anda boleh untuk mendapatkan borang untuk menganggantikan wang rosak di kaunter.

Namun begitu, Pegawai Bank Negara Malaysia yang bertauliah akan menilai wang kertas anda berpandukan kepada syarat-syarat berikut. 
  1. FULL VALUE (NILAI PENUH): melebihi dua per tiga (2/3) daripada saiz asal
  2. HALF VALUE (NILAI SEPARUH): kurang daripada dua per tiga (2/3) tetapi melebihi satu per dua (1/2) daripada saiz asal
  3. NO VALUE (TIADA NILAI): kurang satu per dua (1/2) daripada saiz asal
132374935 425780552114503 3026117726017107352 o


Anda juga boleh untuk mendepositkan wang kertas rosak anda di Maybank, CIMB, BSN dan lain-lain bank sekiranya di kawasan anda tiada cawangan BNM.
Kami kongsikan kepada anda kenyataan yang pernah dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia tentang isu wang rosak ini:
bnm%2B1

bnm%2B2
Maklumat Lanjut
Untuk maklumat lanjut, anda boleh untuk  menhubungi Pusat Perkhidmatan Pelanggan BNM di 1-300-88-5465 atau e-mel [email protected].

Semoga artikel ini bermanfaat untuk anda.

Sumber: PPIM, BNM dan harianpost.my

Kongsikan Artikel Ini