Digital ID Malaysia Bahaya? Ini Penjelasannya..

Kongsikan Artikel Ini

Bahaya juga DIGITAL ID ni!

Sejak dua menjak ni, ramai yang tanya mengenai Digital ID Malaysia. Maklumlah, sekarang ni di Malaysia ramai yang masih takut-takut mengenai Digital ID yang bakal dilaksanakan kerajaan tahun 2024.

Untuk pengetahuan anda, di negara luar seperti Dubai sudah lama digital ID ini di implementasikan. Orang ramai pun sudah lama guna Digital ID di Dubai. Tapi apa yang dimaksudkan dengan Digital ID ni? Apa kebaikan dan keburukannya? Baca selanjutnya di bawah.

Baca Juga :

Digital ID Malaysia / Identiti Digital Nasional (IDN)

Digital ID Malaysia atau Identiti Digital Nasional (IDN) merupakan satu bentuk pengenalan dan pengesahan diri secara digital yang merujuk kepada sumber tunggal

Digital ID ini dikatakan dapat memudahkan rakyat berurusan secara bersemuka atau secara jarak jauh di alam maya dengan penyedia perkhidmatan digital dari sektor awam dan swasta bagi tujuan pengesahan identiti dengan selamat, terjamin dan menjimatkan masa.

Program Digital ID Malaysia ini merupakan satu kaedah untuk pengesahan identiti seseorang di alam maya berasaskan pendekatan “What Your Are”, What You Have” dan “What You Know” yang disokong oleh rangkakerja identiti digital” yang dipercayai (trusted digital identity framework)

Digital ID Malaysia tidak akan menggantikan MyKad sebagai bukti kewarganegaraan tetapi akan melenkapinya sebagai bentuk pengenalan digital yang digunakan ketika bertransaksi secara digital.

Digital ID, Bahaya Atau Tidak? Ini Penjelasannya..

Sebenarnya tiada apa pun yang perlu kita takutkan. Digital ID ini tidak lah perlu tanam mikrocip dalam tubuh badan kita seperti yang diuar-uarkan.

Ada yang kata, ketika nak masukkan Digital ID mereka perlu inject microchip di belakang leher dan akan rasa sakit sepanjang 2-3 hari. Dakwaan ini tidak benar sama sekali.

Digital ID 1
Digital ID Malaysia Bahaya? Ini Penjelasannya.. 5

Malah, digital ID ini akan membantu untuk memudahkan urusan kita.

Menurut pempengaruh media sosial Irfan Khairi, dia berkata;

“Dan terkini baru sahaja diumumkan oleh kerajaan Dubai, mulai tahun depan, nak keluar negara dah tak perlu bawak passport dah untuk keluar Dubai. Immigration/counter check in semua dah tak perlu jumpa dan tengok passport.”

“Cuma nak masuk Malaysia, kena la ada passport. Nak keluar je tak perlu di Dubai sebabkan digital ID.”

“Lagi contoh, seperti bulan lepas, bila saya nak renew lesen perniagaan saya, saya dah tak perlu ke “SSM” di Dubai. Boleh dilakukan melalui app sahaja. Jimat banyak masa sejam dua nak bawak kereta, redah jam, cari parking, ambik angka giliran, jumpa habibi Arab kat counter yang tak nak senyum…

Digital ID di Dubai, mengurangkan banyak urusan paperwork telah di minimakan. Memudahkan urusan perniagaan.

Tentunya digital ID ni ada baik dan buruknya. Tetapi dilihat lebih banyak kebaikannya jika kerajaan mula laksanakannya bermula tahun hadapan.

Tarikh Pelaksanaan Digital ID Malaysia

Digital ID Malaysia ini akan dilaksanakan sepenuhnya pada tahun 2024.

Digital ID Di Malaysia
Digital ID Malaysia Bahaya? Ini Penjelasannya.. 6

Kelebihan Digital ID Malaysia

Berikut adalah kelebihan menggunakan Digital ID Malaysia:

  • Pelaksanaan IDN ini membolehkan rakyat memperolehi suatu pengenalan diri digital unik yang akan digunakan dalam pelbagai perkhidmatan digital dan boleh menambahbaik kualiti kehidupan.
  • Semakan dan pengesahan MyKad dapat dilaksanakan dengan mudah dan cepat
  • Urus niaga boleh dibuat secara selamat dengan akses saluran omni pada mana-mana peranti, bila-bila masa, di mana sahaja, malah dari luar negara.
  • Perkhidmatan digital mampu memudahkan proses perniagaan menggunakan penandatanganan digital.
  • Kerajaan juga akan memperolehi platform pengumpulan dan pengesahan pengenalan diri selari dengan teknologi terkini dengan merekodkan data biometrik baru (10 cap jari, muka dan iris) penduduk Malaysia secara berpusat di JPN.
  • IDN akan memberi tambah nilai kepada pelbagai sektor perkhidmatan dengan meningkatkan kecekapan, mengurangkan kos operasi dan menjimatkan masa dalam proses pengesahan pengenalan diri.
  • IDN juga dapat mengelakkan pemalsuan pengenalan diri dalam transaksi perkhidmatan digital dan ini akan mempertingkatkan keselamatan dan ketenteraman awam.

Kongsikan Artikel Ini