Daftar Pemberian Vaksin COVID-19 Melalui MySejahtera

Kongsikan Artikel Ini

daftar%2Bvaksin

Group%2BWhatsapp%2BInfo%2BBantuan%2BKerajaan

Rakyat Malaysia kini boleh untuk mendapatkan suntikan Vaksin COVID-19 dengan membuat pendaftaran untuk mendapatkan suntikan tersebut melalui MySejahtera.


Kami kongsikan kepada anda maklumat terkini tentang cara pendaftaran vaksin COVID-19.





vaksin%2B%2Bmalaysia


Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan

Tahukah anda pemberian vaksin ini merupakan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan yang akan dijalankan dalam tempoh masa setahun bermula Februari 2021 hingga Februari 2022.

Malaysia kini telah mendapat akses kepada bekalan Vaksin COVID-19 melalui pembelian awal daripada 5 pengeluar vaksin di seluruh dunia.

Antara 5 pengeluar vaksin tersebut adalah:

  • Pfizer/BioNTech
  • AstraZeneca
  • CanSino Biologics
  • Sputnik V
  • Sinovac

Pemberian vaksin ini adalah secara percuma dan sukarela kepada semua penduduk Malaysia sama ada warganegara atau bukan warganegara.

vaksin%2B3


Golongan Yang Tidak Sesuai Menerima Vaksin

1. Individu yang mengalami alahan/ alergi yang serius selepas menerima dos pertama vaksin.

2. Individu mempunyai sejarah alahan/ alergi yang serius terhadap makanan/ ubat/ persekitaran sehingga memerlukan rawatan hospital.

3. Individu yang sedang menjalani rawatan kanser seperti radioterapi, kemoterapi dan imunoterapi.

4. Individu yang menjalani transplan/ pemindahan organ seperti buah pinggang atau sel stem darah dalam masa 3 bulan sebelum menerima vaksin.

5. Ibu yang sedang mengandung atau merancang untuk hamil.

6. Individu yang menghadapi penyakit HIV dengan sel darah putih CD4 kurang 200 cells/mL.

7. Individu yang menerima rawatan antibodi monoclonal atau plasma darah sebagai rawatan untuk COVID-10 dalam masa 3 bulan sebelum menerima vaksin.

8. Individu yang sedang demam disebabkan jangkitan virus/bakteria.

9. Individu yang mempunyai sel darah platelet yang rendah iaitu di bawah 50,000 per microlitre.

Cara Mendaftar Vaksin COVID-19

Anda boleh untuk mendaftar melalui aplikasi MySejahtera seperti berikut:

1. Buka aplikasi Mysejahtera.

2. Tekan bahagian ‘close’ di kanan atas paparan.

3. Klik bahagian ‘COVID19 Vaccination’.

4. Klik bahagian ‘Vaccine for (Nama Anda).’

5. Sahkan maklumat diri anda dan klik butang ‘confirm’ jika tiada sebarang perubahan. Jika maklumat tersebut salah, klik butang ‘Edit’.

6. Kemudian, klik pada ayat ‘Click Here’ yang bergaris.

7. Jawab soalan yang diberikan dan klik butang ‘Hantar’.

8. Anda akan menerima paparan yang menunjukkan pendaftaran berjaya dilakukan.

vaksin%2Bbernama


Untuk makumat lanjut anda boleh untuk melayari web vaksincovid.gov.my

Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk anda. 

Sumber: semakanonline.com


Kongsikan Artikel Ini