Cawangan KWSP Seluruh Negara Mula Beroperasi Seperti Biasa Hari Ini

Kongsikan Artikel Ini

Cawangan%2BKWSP%2B%2BSeluruh%2BNegara%2BMula%2BBeroperasi%2BSeperti%2BBiasa%2BHari%2BIni


Semua Cawangan KWSP Mula Beroperasi Seperti Biasa

Kuala Lumpur: Semua cawangan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) di seluruh negara akan beroperasi seperti biasa hari ini. 

KWSP dalam kenyataan memaklumkan, pembukaan termasuk perkhidmatan kaunter, yang akan beroperasi dengan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) mencegah Covid-19 dan pengamalan penjarakan fizikal.



Membuat Janji Temu Online Sebelum berurusan di KWSP

“Ahli yang ingin berurusan harus membuat janji temu terlebih dahulu melalui saluran Janji Temu Online di www.kwsp.gov.my/janjitemu,” kata kenyataan itu.

Untuk maklumat lanjut, ahli boleh menghubungi Pusat Pengurusan Perhubungan KWSP di 03-8922 6000 atau merujuk laman web KWSP.

Cawangan KWSP Beberapa Negeri Yang Ditutup Mula Beroperasi Hari Ini

Cawangan KWSP di Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Labuan, Sabah yang ditutup berikutan Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), Oktober lalu turut beroperasi sama.

Sumber: Hmetro.com.my

Kongsikan Artikel Ini