Cara Semak Keputusan MUET Melalui SMS dan Online Tahun 2023

Kongsikan Artikel Ini

 
telegram%2Bimage
 

MUET (Malaysian University English Test) ialah ujian bahasa Inggeris yang dijalankan di peringkat pra-universiti, matrikulasi, asasi, diploma, dan STPM.

MUET diperkenalkan untuk mengukur tahap penguasaan bahasa Inggeris pelajar institusi pengajian tinggi serta untuk mereka yang bercadang untuk melanjutkan pelajaran ke institusi pengajian tinggi .

Peperiksaan MUET ini wajib diambil oleh mereka yang ingin melanjutkan pelajaran di peringkat ijazah di institut pengajian tinggi awam (IPTA) tempatan.

AVvXsEhzLvJ5kjmoedSVkC9ZM61bZy7SjAKpeNpC hnsoPf6 Focj6F1RKkkCzeiYghs8400nzrU6xBVluQpAf7rFGVpUwSt

 

BILAKAH UJIAN MUET DIJALANKAN?

Ujian MUET berlangsung tiga kali setahun iaitu pada bulan Mac, Julai dan November.

 

BILAKAH TARIKH PENDAFTARAN MUET BAGI TAHUN 2022?

Untuk pendaftaran MUET bagi Sesi 1 Tahun 2021 telah dibuka dari tarikh:

  • 7 Disember 2021 hingga 12 Januari 2022.

 

 

BERAPAKAH YURAN UNTUK PENGAMBILAN UJIAN MUET?

 

  • Calon warganegara: RM100
  • Calon bukan warganegara: RM350

 

CARA PEMBAYARAN YURAN UJIAN MUET

Calon boleh membuat pembayaran di laman web https://muet.mpm.edu.my melalui cara:

    1. Perbankan internet.
    2. Mengunakan kad kredit.


 

SEMAKAN KEPUTUSAN UJIAN MUET BAGI SESI 2 TAHUN 2021


Bagi yang ingin menyemak keputusan ujian Malaysian University English Test (MUET) bagi sesi 2 Tahun 2021, anda boleh membuat semakan mulai;

  • Tarikh: 13 Januari 2022
  • Hari: Khamis
  • Masa: 10 pagi

AVvXsEiySc7Nm11sOvqZYYmMY1NTOhjMd QSY5QC7ZnXYojlXS3cq Tyuszjr7tRarN982T6LoEDkFGBYZDt4Ac9KqwTLoQdD4 XOMs6QemMewixLcU7F5nlapNGa 53uTPlI ieubSW0OhznGqZePFpy8l5B4s Emsu1U1dIpTFUvjTSfkRfjuxqGl8NZ4 ng=s16000

 

CARA SEMAKAN KEPUTUSAN MUET


Terdapat 2 cara semakan yang boleh anda lakukan untuk menyemak keputusan Ujian MUET, antaranya:

CARA 1 : SEMAKAN SMS

Untuk semak keputusan melalui SMS, anda perlulah;

  • Taip MUET<jarak>RESULT<jarak>No. KP dan hantar ke 15888.
  • Contoh: MUET RESULT 09050310xxx

CARA 2 : SEMAKAN ONLINE

Untuk semak keputusan melalui talian pula, anda perlulah ke laman web;

 

RAYUAN SEMAKAN SEMULA KEPUTUSAN MUET

Sekiranya anda kurang berpuas hati dengan keputusan MUET dan ingin membuat semakan semula, anda boleh ikuti langkah dibawah ini.

  • Calon boleh membuat rayuan penyemakan semula keputusan secara online di;

 

– Portal MPM: http://www.mpm.edu.my atau
– url: http://webmpm1.mpm.edu.my/muet_ss/.

 

  • Untuk setiap penyemakan semula keputusan akan dikenakan caj sebanyak RM70.
  • Calon boleh membuat pendaftaran dengan cara membeli nombor PIN MEC di Bank Simpanan Nasional (BSN).
  • Boleh membuat pembayaran secara online melalui FPX dan dikenakan caj tambahan sebanyak RM2 untuk setiap transaksi.
  • Boleh juga membuat pembayaran melalui Kad Kredit/Kad Debit dan akan dikenakan caj tambahan sebanyak RM2.50.

 

TARIKH TUTUP RAYUAN SEMAKAN KEPUTUSAN MUET

 

  • Seminggu selepas tarikh keputusan ujian MUET diumumkan bagi setiap sesi.

 

TARIKH SEMAKAN KEPUTUSAN RAYUAN MUET

 

  • 18 hari selepas permohonan lengkap diterima di MPM pada hari bekerja.
  • Boleh buat semkan di portal MPM: http://www.mpm.edu.my

Nota: MPM akan mengeluarkan Sijil MUET baharu bagi calon yang berubah keputusan keseluruhan sahaja

 

KOMPONEN UJIAN MUET

Peperiksaan MUET meliputi empat kertas iaitu:

  1. Listening selama 30 minit.
  2. Speaking selama 30 minit.
  3. Reading selama 90 minit.
  4. Writing selama 90 minit.

Keputusan MUET yang dikeluarkan mulai tahun 2009, tempoh sah lakunya ialah 5 tahun mulai tarikh keputusan ujian dikeluarkan.

Calon dikehendaki menyemak status pendaftaran dan tarikh menduduki ujian pada slip daftar (MUET / D) melalui portal MPM bermula dan mencetaknya sebagai tiket untuk menduduki ujian.

Pendaftaran adalah secara dalam talian (online).

 

MAKLUMAT LANJUT

Untuk maklumat lanjut berkaitan MUET, sila layari laman web rasmi Majlis Peperiksaan Malaysia https://www.mpm.edu.my/


Kongsikan Artikel Ini