Cara Mudah Pantau Group Whatsapp Kelas Online Anak Anda



Memandangkan sesi persekolah sudah pun bermula, pastinya anak-anak akan sibuk dengan kelas atas talian atau lebih dikenali sebagai Pembelajaran Dan Pengajaran Dari Rumah (PDPR).



Para ibu-bapa juga akan sibuk dirumah untuk mempersiapkan anak mereka dengan barang kelengkapan untuk kelas atas talian seperti telefon, laptop dan sebagainya. 

Kami kongsikan cara mudah untuk ibu-bapa memantau group whatssap kelas bagi subjek anak-anak anda tulisan perkongsian fb izyan ilyas.

Tutorial Buat Folder Chat Untuk Whatssap Android

1. Tekan Group Sampai Keluar Tanda 2705


2. Tekan tiga titik bahagian atas tu. Kemudian tekan Add Chat Shortcut




3. Nanti groupkan semua shortcut chat di dalam satu folder.



Tambahan, sekiranya anda hendak mewujudkan satu folder di handphone anda, tarik 1 icon shortcut biar bertindih dengan icon shortcut yang lain. Kemudian, akan wujud folder. Seterusnya tarik dan masukkan semua shortcut dalam 1 folder. 

Akhir Sekali klik di ruangan nama folder untuk tukar nama folder.
Semoga dengan perkongsian ini, akan memudahkan tugas ibu bapa memantau kelas atas talian anak-anak anda. Ibu bapa akan lebih alert dan tahu tugasan-tugasan yang diberikan oleh guru kepada anak mereka.