Cara Mohon Penggantian MyKad Secara Online Atau Melalui Telefon Dengan Mudah!

Kongsikan Artikel Ini

Tukar%20MyKad

 

 
telegram%2Bimage
 

Kad pengenalan adalah dokumen peribadi kita yang paling penting dan ia adalah bukti bahawa kita adalah merupakan warganegara Malaysia. Banyak urusan rasmi memerlukan kita menggunakan kad pengenalan. Jadi bila kad pengenalan rosak atau hilang ia boleh mendatangkan masalah sebab banyak ursusan tak boleh dilakukan.

Mengikut Peraturan 13, Peraturan-Peraturan Pendaftaran Negara 1990 (Pindaan 2007), setiap orang yang kehilangan kad pengenalan (MyKad) perlu segera memohon penggantian kad pengenalan.

Namun, menjadi kesusahan apabila terpaksa mengambil nombor dan beratur panjang untuk membuat kad pengenalan baharu di pejabat JPN. Dengan itu, kami akan berkongsi dengan anda bagaimana untuk menggantikan kad pengenalan yang rosak atau hilang secara dalam talian.

banner%20mykad

 

Antara Permohonan Yang Boleh Dilakukan Secara Online

Berikut merupakan jenis-jenis permohonan penggantian kad pengenalan yang anda boleh buat secara online : 
  • Gantian kad rosak
  • Gantian cip rosak
  • Gantian naik taraf cip (dari 32k/64k kepada 80k)
  • Gantian kehilangan kad (untuk kali pertama)
  • Jika ingin menukar alamat/gambar, anda perlu ke pejabat JPN

 

jpn1

 

Tempoh Mykad Disiapkan Dalam 30 Minit

Menurut JPN, permohonan gantian MyKad tidak bermasalah boleh diproses dalam tempoh 30 minit sahaja di pejabat JPN yang disenaraikan.

Bagi permohonan gantian bermasalah seperti cap jari rosak dan kehilangan kali ketiga, permohonan akan diproses dalam tempoh 3 bulan.

 
jpn3

 

 

Cara Penggantian Mykad Secara Online

Berikut merupakan cara-cara yang boleh anda rujuk untuk ganti Mykad yang rosak atau hilang secara online:

  • Layari laman web MyGOV
  • Daftar akaun dengan mengisi maklumat yang diminta
  • Lepas aktifkan akaun, klik link yang akan dibagi
  • Kemudian buat permohonan penggantian kad dan log masuk https://gantianmykad.jpn.gov.my/
  • Di bahagian akan skrin, boleh klik bahagian ganti MyKad
  • Baca Akuan Penafian dan klik Setuju
  • Kemudian isikan maklumat yang diminta dengan lengkap. Anda boleh pilih jenis penggantian dan negeri tempat anda menetap
  • Setelah selesai, semak maklumat yang telah diisi. Pastikan semua tepat dan klik pada kotan Saya Setuju dan klik Teruskan.
  • Selepas itu, anda akan di bawa ke laman baru untuk proses pembayaran. Simpan resit sebagai rujukan
  • Tunggu dalam sehari dua untuk permohonan diproses. Anda boleh semak melalui SMS dengan cara taip JPN MYKAD dan hantar ke 15888
  • Apabila anda terima SMS, anda boleh pergi ke cawangan JPN yang dipilih untuk mengambil kad tersebut dan ada proses urusan cap jari. 

 

Cara Penggantian Mykad Melalui Telefon

Selain daripada melakukan penggantian MyKad secara online, anda juga boleh melakukan penggantian melalui panggilan telefon.

Anda boleh membuat panggilan telefon ke talian hotline JPN di 03-8880 8066 pada waktu pejabat


Waktu Operasi

  • Isnin hingga Jumaat: 8 Pagi – 5 Petang

Waktu Rehat

  • Isnin hingga Khamis: 1 Petang – 2 Petang
  • Jumaat: 12.15 Tengahari – 2.42 Petang

jpn2

Sumber : Blogrojak.com

 


Kongsikan Artikel Ini