Cara Mohon Lanjutan Moratorium Akaun Maybank Menggunakan Telefon Pintar

Kongsikan Artikel Ini

Cara%2BMohon%2BMoratorium%2BAkaun%2BMaybank

Berita baik sekiranya anda mempunyai urusan sewa beli melalui Maybank, Malayan Banking Berhad (Maybank), telah melanjutkan tempoh permohonan bantuan pembayaran balik untuk pinjaman serta pembiayaan sehingga 30 Jun tahun 2021.

Keputusan itu dibuat sebagai usahanya bagi meneruskan penyediaan bantuan kewangan kepada pelanggan individu serta perusahaan kecil dan sederhana (PKS) yang terjejas berikutan pandemik Covid-19.

Bagi mereka yang berminat untuk mendapatkan lanjutan moratorium ini, peminjam perlu berjumpa atau telefon pihak bank dan mendapatkan khidmat nasihat dan juga bantuan dengan lebih jelas.

Namun, khusus bagi golongan B40, anda tidak perlu untuk pergi ke mana-mana cawangan bank sebaliknya permohonan boleh dibuat hanya menggunakan telefon anda sahaja.

Caranya cukup mudah, anda hanya perlu layari laman web rasmi Maybank2u kemudian ikuti beberapa langkah mudah seperti yang kami sediakan berikut.


CARA MOHON LANJUTAN MORATORIUM MAYBANK


1.Layari laman utama Maybank2 di https://www.maybank2u.com.my/ dan korang tak perlu pun untuk login walaupun tiada akaun maybank2u.

2. Click pada icon Covid-19 Assistance.

WhatsApp Image 2020 11 26 at 4.35.41 PM 1

3. Korang boleh baca terlebih dahulu terma dan syarat sebelum membuat permohonan.

WhatsApp Image 2020 11 26 at 4.35.40 PM 2

4. Di bahagian ruangan Email us, terdapat butang pada bahagian “For eligible B40” dan korang click send email for TRA.

WhatsApp Image 2020 11 26 at 4.35.41 PM

5. Selepas click pemohon hanya perlu mengisi bebrapa butiran peribadi seperti Nama, No kad Pengenalan, No telefon dan remark pada pakej yang ingin diambil.

WhatsApp Image 2020 11 26 at 4.35.40 PM 1

Pemohon boleh pilih pakej tangguhan selama 3 bulan atau 6 bulan bayaran balik dengan potongan 50 peratus.

6.Selepas butiran lengkap diisi, langkah terakhir pemohon hanya perlu menghantar email tersebut kepada [email protected] atau hanya perlu click send.

WhatsApp Image 2020 11 26 at 4.35.40 PM

Mudah bukan? Untuk pengetahuan anda juga, untuk golongan B40 setiap permohonan akan diluluskan dengan syarat mereka membuat permohonan online yang mana ia bukan lagi secara automatik seperti sebelum ini.

Jadi, bagi golongan B40 yang mempunyai akaun di Maybank mungkin boleh memohon jika berminat.

Semoga bermanfaat!


Sumber : SinarPlus

Kongsikan Artikel Ini