Cara Mohon Kemasukan ke Program Matrikulasi KPM 2021/2022

Kongsikan Artikel Ini

Cara%2BMohon%2BMatrikulasi%2B2021 22%2B%25281%2529

Group%2BWhatsapp%2BInfo%2BBantuan%2BKerajaan
Berita baik untuk adik-adik lepasan SPM baru-baru ini, calon-calon lepasan SPM dijemput untuk memohon kemasukan ke matrikulasi-matrikulasi yang terdapat di seluruh negara. 



Permohonan Ke Program Matrikulasi ini akan mula dibuka pada 15 Mac 2021.



Kami kongsikan kepada anda maklumat terkini tentang kemasukan ke Matrikulasi bgi tahun 2021.


Cara Permohonan Program Matrikulasi KPM


Permohonan secara dalam talian ke Program Matrikulasi KPM bagi calon-calon lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Tahun 2020 akan dibuka mulai 15 Mac 2021 hingga 15 April 2021.


Permohonan tidak memerlukan pembelian nombor PIN

Anda boleh layari laman web rasmi Matrikulasi KPM https://matrikulasi.moe.gov.my untuk membuat permohonan

Program Matrikulasi KPM


Penubuhan Program Matrikulasi KPM bermula hasil daripada
keputusan Mesyuarat Jemaah Menteri pada 10 Mac 1999
sebagai persediaan pelajar bumiputera lulusan Sijil Pelajaran
Malaysia (SPM) untuk melanjutkan pengajian ke peringkat ijazah
pertama di universiti awam (UA) dalam bidang sains, teknologi
dan profesional. Mulai sesi 2003/2004, 10 peratus daripada
keseluruhan pelajar Program Matrikulasi KPM ditawarkan
kepada pelajar bukan bumiputera.
Keistimewaan Program Matrikulasi KPM ialah:

a) Program ini diiktiraf oleh semua UA dan turut diiktiraf oleh
universiti terkemuka luar negara 

b) Program ini menawarkan pendidikan yang menyeluruh
merangkumi bidang akademik dan pembangunan
kemahiran insaniah. Pelajar Program Matrikulasi KPM
berpeluang menyertai aktiviti-aktiviti sehingga ke peringkat
kebangsaan.

c) Lulusan Program Matrikulasi KPM akan menerima Sijil
Matrikulasi yang melayakkan mereka memohon berkhidmat
dalam Perkhidmatan Awam pada Gred 29 dalam 39 skim
perkhidmatan (Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 3
Tahun 2016 yang berkuat kuasa mulai 1 Januari 2017). 

d) Kos pengajian dan penginapan ditanggung oleh Kerajaan.
Semua pelajar Program Matrikulasi KPM hanya perlu
membayar yuran pendaftaran sahaja semasa mendaftar. 

e) Terdapat 15 buah kolej matrikulasi KPM di seluruh Malaysia
dan 2 Kolej MARA yang mengendalikan Program
Matrikulasi.

Keistimewaan Program Matrikulasi

  • Satu tahun pengajian
  • Kurikulum digubal oleh universiti awam
  • Lulusan matrikulasi berpeluang memohon pekerjaan dalam perkhidmatan awam
  • Diiktiraf univerisiti luar negara
  • Pembiayaan oleh kerajaan bagi mereka yang layak
  • Yuran pengajian ditanggung oleh kerajaan
  • Kemudahan penginapan percuma
  • Pelbagai aktiviti pelajar
  • Laluan pantas ke universiti awam

Jurusan Dan Aliran Yang Ditawarkan


Program Matrikulasi KPM menawarkan tiga jurusan iaitu: 


1. Jurusan Sains:
a) Sains Hayat 
b) Sains Fizikal 
c) Sains Komputer 

2. Jurusan Kejuruteraan:
 a) Kejuruteraan Asas 
b) Kejuruteraan Awam 
c) Kejuruteraan Elektrik & Elektronik 
d) Kejuruteraan Mekanikal 

3. Jurusan Perakaunan 
a) Perakaunan
 b) Perakaunan Profesional

SYARAT KELAYAKAN PERMOHONAN 

  •  Pemohon mesti berumur tidak melebihi 20 tahun pada
    1 Januari 2021. 
  •  Pemohon mesti mendaftar mata pelajaran berikut dalam
    peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun 2020.
a. Jurusan Sains

 Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sejarah, Matematik,
Matematik Tambahan, Kimia dan salah satu mata pelajaran
sama ada Fizik atau Biologi. 

b. Jurusan Kejuruteraan 

Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sejarah, Matematik, Matematik Tambahan, Kimia, Fizik dan satu (1) daripada mata pelajaran seperti yang berikut:
  • Biologi/ Sains Tambahan/ Lukisan Kejuruteraan/ Pengajian
    Kejuruteraan Awam/ Pengajian Kejuruteraan Mekanikal/
    Pengajian Kejuruteraan Elektrik & Elektronik/ Asas Kelestarian/
  •  Pertanian/ Sains Rumah Tangga/ Reka Cipta / Sains
    Komputer/ 
  • Sains Sukan/ Lukisan Kejuruteraan/ Grafik
    Komunikasi Teknikal/ Prinsip Perakaunan / Ekonomi/
    Perdagangan/ Perniagaan.

c. Jurusan Perakaunan


 Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sejarah, dan Matematik Pemohon juga perlu mengambil mana-mana tiga (3) mata pelajaran seperti yang berikut:

 Fizik/ Kimia/ Biologi/ Matematik Tambahan/ Sains/ Sains Tambahan/ Lukisan Kejuruteraan/ Asas Kelestarian/ Pertanian/ Sains Rumah Tangga/ Reka Cipta / Sains Komputer/ Sains Sukan/ Lukisan Kejuruteraan/ Grafik Komunikasi Teknikal/ Prinsip Perakaunan/ Ekonomi/ Perdagangan/ Perniagaan/ Pendidikan Syariah Islamiah/ Tasawwur Islam/ Pengajian Kejuruteraan Awam/ Pengajian Kejuruteraan Mekanikal/ Pengajian Kejuruteraan Elektrik & Elektronik 

d. Jurusan Perakaunan

 Profesional Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sejarah, Matematik dan Matematik Tambahan. Pemohon juga perlu mengambil manamana dua (2) mata pelajaran seperti yang berikut: 

Fizik/ Kimia/ Biologi/ Sains/ Sains Tambahan / Lukisan Kejuruteraan/ Asas Kelestarian/ Pertanian/ Sains Rumah Tangga/ Reka Cipta/ Sains Komputer/ Sains Sukan/ Grafik Komunikasi Teknikal/ Prinsip Perakaunan/ Ekonomi/ Perdagangan/ Perniagaan/ Pendidikan Syariah Islamiah/ Tasawwur Islam/ Pengajian Kejuruteraan Awam/ Pengajian Kejuruteraan Mekanikal/ Pengajian Kejuruteraan Elektrik & Elektronik

syarat%2Bmatriks


Lokasi Program Matrikulasi KPM Seluruh Negara


Program Matrikulasi KPM dilaksanakan di 15 buah kolej
matrikulasi KPM dan dua buah kolej MARA seperti yang berikut: 

1. Kolej Matrikulasi Melaka, Masjid Tanah. 
2. Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan, Kuala Pilah. 
3. Kolej Matrikulasi Pulau Pinang, Kepala Batas. 
4. Kolej Matrikulasi Perlis, Arau. 
5. Kolej Matrikulasi Labuan, WP Labuan. 
6. Kolej Matrikulasi Johor, Tangkak. 
7. Kolej Matrikulasi Perak, Gopeng. 
8. Kolej Matrikulasi Kedah, Changlun. 
9. Kolej Matrikulasi Pahang, Gambang. 
10.Kolej Matrikulasi Selangor, Banting. 
11.Kolej Matrikulasi Kelantan, Pasir Puteh. 
12.Kolej Matrikulasi Sarawak, Kuching. 
13.Kolej Matrikulasi Kejuruteraan Kedah, Pendang. 
14.Kolej Matrikulasi Kejuruteraan Pahang, Jengka. 
15.Kolej Matrikulasi Kejuruteraan Johor, Pontian. 
16.Kolej MARA Kuala Nerang, Kuala Nerang (Jurusan
Perakaunan). 
17.Kolej MARA Kulim, Kulim (Jurusan Sains).

Adakah Setiap Kolej Matrikulasi Menawarkan Jurusan Yang Sama?


Jurusan Sains ditawarkan di semua kolej matrikulasi kecuali di Kolej Matrikulasi Kejuruteraan dan Kolej MARA Kuala Nerang.
Jurusan Kejuruteraan hanya ditawarkan di:

  • Kolej Matrikulasi Kejuruteraan Kedah
  • Kolej Matrikulasi Kejuruteraan Pahang
  • Kolej Matrikulasi Kejuruteraan Johor
Jurusan Perakaunan ditawarkan di semua kolej matrikulasi
kecuali Kolej Matrikulasi Kejuruteraan, Kolej Matrikulasi
Sarawak dan Kolej MARA Kulim. 

Jurusan Perakaunan Profesional hanya ditawarkan di Kolej
Matrikulasi Selangor.

Maklumat Tambahan


Untuk sebarang pertanyaan berkaitan tentang kemasukan ke Matrikulasi KPM anda bolehlah untuk merujuk soalan-soalan di https://www.moe.gov.my/muat-turun/lain-lain/matrikulasi-2/4176-solan-lazim-sesi-2021-2022/file

Sumber: harianpost.my dan moe.gov.my

Kongsikan Artikel Ini