Cara Mohon Bantuan Bakul Prihatin Negara (JKM) Bermula 15 Julai 2021

Kongsikan Artikel Ini

bakul prihatin

telegram%2Bimage
Berita baik untuk seluruh rakyat Malaysia, Kerajaan telah melancarkan program Bakul Prihatin Negara untuk rakyat Malaysia yang terjejas pendapatan dan terkesan disebabkan pandemik COVID-19.
Sebanyak RM5 juta diperuntukkan untuk pelaksanaan Bakul Prihatin Negara yang merupakan nilai tambah kepada Program Bantuan Bakul Makanan yang telah dilaksanakan oleh kerajaan sebagai inisiatif Prihatin Rakyat di bawah pakej PERMAI dan PEMULIH.
Kami kongsikan kepada anda maklumat terkini bantuan Bakul Prihatin Negara.

Kerjasama Kerajaan dan Jabatan Kebajikan Masyarakat

Untuk pengetahuan anda, Bakul Prihatin Negara ini merupakan kerjasama strategik yang berkonsepkan ‘Whole Of Society’ yang melibatkan pihak kerajaan dan syarikat korporat dengan pelaksanaan penyampaian bantuan oleh Sukarelawan Skuad Prihatin Negara di bawah kendalian Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Senarai Barangan Asas

Bakul Prihatin Negara merupakan salah satu usaha Kerajaan untuk meringankan beban masyarakat yang terkesan sepanjang pandemik Covid-19. Bantuan Bakul Prihatin Negara ini mengandungi barang-barang keperluan asas seperti:
  • Beras (5 Kg)
  • Gula (1 Kg)
  • Tepung (2 Kg)
  • Bihun (400 Gm)
  • Kicap (650 Ml)
  • Sardin (230 Gm)
  • Biskut
  • Kopi
Semua keluarga yang terjejas pendapatan dan terkesan akibat pandemik COVID-19 layak untuk membuat permohonan dan menerima Bakul Prihatin ini.


Cara Memohon

Kepada seluruh rakyat Malaysia anda boleh untuk memohon Bantuan Bakul Prihatin ini melalui 4 kaedah seperti berikut:
  • Menghubungi Bilik Gerakan JKM yang terdapat di 108 daerah di seluruh negara.
  • Menghubungi Talian Kasih di 15999 atau Whatsapp ke 019-2615999.
  • Mengemukakan permohonan bantuan melalui Media Sosial Rasmi (Facebook/Twitter/Instagram/ KPWKM dan JKM) atau,
  • Menghubungi pemimpin tempatan di kawasan masing-masing.
Jabatan Kebajikan Masyarakat akan menerima laporan anda dan seterusnya menyediakan barangan keperluan tersebut dan dihantar terus ke rumah yang memerlukan oleh Skuad Prihatin Negara.

Muat Turun Borang Di Bawah :

Anda hendaklah memuat turun borang-borang permohonan seperti di bawah ini:
1. Lampiran A – Borang Permohonan
borang%2B1%2Bjkm
borang%2B2%2Bjkm
borang%2B3%2Bjkm


Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut mengenai Bakul Prihatin Negara anda boleh layari laman sesawang https://www.jkm.gov.my/


Kongsikan Artikel Ini