Cara Dapatkan Penyata Maybank Online Tahun 2021

Kongsikan Artikel Ini

Cara%2BBuat%2BPenyata%2BMaybank
image%2Btele

Dalam sebarang urusaniaga rasmi samada dengan pihak bank atau permohonan bantuan kerajaan yang memerlukan dokumen sokongan, penyatan akaun bank merupakan salah satu dokumen yang wajib untuk disertakan dalam melancarkan proses urusniaga. 
Pernahkah anda melakukan urusan dengan pihak bank mengenai urusan pembelian/ pinjaman perumahan, kenderaan, hire purchase, dan sebagainya? Penyata bank sangat perlu untuk mendefinisikan status dan kedudukan kewangan anda pada tiga ke enam bulan kebelakang. Samada layak, atau tidak.

Menurut dapatan kami pada salah satu artikel di majalahlabur, penyata akaun penting untuk mengenalpasti prestasi kewangan individu atau sesebuah perniagaan. Melalui rekod aliran tunai itu, anda dapat untuk mengawal serta mengelakkan pembaziran daripada pelbagai aspek terutamanya keperluan dan kehendak. 
Selain itu, penyata bank diperlukan bagi mengelakkan berlaku sebarang penyelewengan. Bagi pemilik perniagaan, jika tidak ada kawalan, dikhuatiri memudahkan pihak tertentu mengambil kesempatan.


Bagi pencarum KWSP pula, penyata akaun bank ini diperlukan sebagai dokumen sokongan khusus bagi mereka didalam kategori 2 i-Sinar. Kebanyakan permohonan pengeluaran tidak diproses kerana tiada penyata akaun bank disertakan.
Justeru, pada artikel kali ini Mingguan Kerja akan berkongsi kepada anda bagaimanakah cara untuk semak penyata akaun bank Maybank secara online atau atas talian tahun 2021.


Cara Dapatkan Penyata Maybank Online


1. Layari laman web maybank2u.com.my, kemudian login seperti biasa dengan memasukkan username.

IMG 0760

2. Kemudian, sahkan foto paparan dan masukkan password.


IMG 0761

3. Selepas itu, anda akan dibawa ke halaman utama maybank2u. Kemudian, klik ruangan Savings Account-i atau Personal Saver Account-i yang ditunjukkan seperti gambar di bawah.

IMG 0762

4. Anda akan dibawa ke halaman di bawah. Kekalkan menu kepada All Transaction History dan kemudian lakukan pilihan samada Last 30 days, Last 60 days atau Last 90 days. Kemudian, klik ‘VIEW STATEMENT


IMG 0764

5. Akhirnya, sebuah penyata akan keluar memaparkan penyata akaun bank anda berdasarkan pilihan daripada cara keempat tadi. Klik butang ‘Downloadseperti pada anak panah di bawah. Anda boleh gunakan/ download/ print statement tersebut.


IMG 0765

Demikian cara untuk menyemak dan mendapatkan penyata akaun bank bagi bank Maybank secara online. Semoga artikel ini membantu dalam urusan harian anda. Terima kasih!


Kongsikan Artikel Ini