Bolehkah Invididu Didakwa DI Mahkamah Sekiranya Tidak Membayar Kompaun? Ini Jawapannya

Kongsikan Artikel Ini

kompaun%2Bterkini

Group%2BWhatsapp%2BInfo%2BBantuan%2BKerajaan

Baru-baru ini kerajaan ada mengeluarkan kadar kompaun yang terbaru untuk rakyat Malaysia. Namun begitu masih terdapat ramai lagi orang yang tidak memahami dan faham apakah yang dimaksudkan dengan kompaun ini.


Kami kongsikan kepada anda maklumat terkini tentang kompaun yang ramai tidak tahu.





MAKLUMAT PEMBAYARAN DAN RAYUAN PENGURANGAN KOMPAUN BAGI AKTA 342 DAN PERATURAN-PERATURAN DI BAWAHNYA. 

Apa Itu Kompaun?

Kompaun merupakan salah satu tindakan awal prosiding jenayah di mana denda dibayar tanpa perlu melalui pendakwaan di mahkamah.

Melalui Seksyen 25 Akta 342, telah memperuntukkan kuasa untuk mengkompaun secara bertulis bagi apa-apa kesalahan yang boleh dikompaun di bawah akta atau peraturan yang berkaitan.

Apakah Terdapat Pengurangan Bagi Kompaun Yang Dikeluarkan?

Kompaun boleh dimohon rayuan pengurangan jika dijelaskan dalam tempoh masa yang ditetapkan iaitu tidak lebih dari 14 hari dari tarikh kompaun dikeluarkan.

Di Mana Dan Bagaimana Kompaun Perlu Dibayar Dan Boleh Dimohon Rayuan Pengurangan Kompaun?

Kompaun boleh dijelaskan dan rayuan pengurangan kompaun boleh dibuat di mana-mana Pejabat Kesihatan Daerah, Pejabat Kesihatan Kawasan (Sabah) dan Pejabat Kesihatan Bahagian (Sarawak) yang berdekatan.

Apakah Kesan Sekiranya Tidak Membayar Kompaun? Adakah Tindakan Perundangan Akan Dihadapi Oleh Orang Dikompaun?

Sekiranya kompaun tidak dijelaskan, tindakan pendakwaan di mahkamah akan diambil terhadap individu/perbadanan yang terlibat terhadap kesalahan yang dilakukan. 



Kongsikan Artikel Ini