Belanjawan 2021: Bantuan Khas Penjawat Awam RM600 dan Pesara Kerajaan RM300 ~ Syarat Kelayakan dan Tarikh Penting Pembayaran

Kongsikan Artikel Ini

Belanjawan%2B2021%2BPenjawat%2BAwam%2BRM600%2BPesara%2BKerajaan%2BRM300


Kerajaan telah pun mengumumkan  untuk memberikan Bantuan Khas Penjawat Awam sebanyak RM600 dalam belanjawan 2021.



Antara golongan yang layak menerima bantuan ini ialah Pegawai Perkhidmatan Awam Kumpulan Pengurusan dan Profesional serta Kumpulan Pelaksana Gred 56 dan ke bawah.

Di samping itu itu juga, pesara kerajaan yang menerima pencen dan vateran yang tidak berpencen juga akan menerima bantuan khas ini.

Manakala bagi pesara kerajaan, kerajaan akan memberikan bantuan khas sebanyak RM300 kepada mereka yang memenuhi syarat kelayakan yang telah pun ditetapkan.

Namun demikian, penjawat awam hendaklah memenuhi terlebih dahulu syarat kelayakan yang ditetapkan mengikut pekeliling yang telah dikeluarkan oleh Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Mohd Khairul Adib Bin Abd Rahman pada 14 Disember tahun lepas.

Kami di mingguankerja akan berkongsi kepada anda syarat kelayakan yang perlu anda penuhi sebelum anda menerima Bantuan Khas Penjawat Awam ini.

bantuan%2Bpenjawat%2Bawam

Infografik Bantuan Khas Penjawat Awam

61604663802 freesize%2B%25281%2529

Tarikh Pembayaran Bantuan Khas Penjawat Awam 
Bantuan Khas Penjawat Awam dan juga pesara kerajaan ini akan dibayar bermula pada 25 Januari 2021.
Siapa Yang Layak Menerima Bantuan Khas Penjawat Awam
Penjawat awam dalam kategori berikut layak menerima Bantuan Khas Penjawat Awam sebanyak RM600 iaitu:
  • Pegawai Perkhidmatan Awam Kumpulan Pengurusan dan Professsional serta Kumpulan Pelaksana Gred 56 dan ke bawah yang masih berkhidmat pada 25 Januari 2021.
  • Pegawai Perkhidmatan Awam Kumpulan Pengurusan dan Professsional serta Kumpulan Pelaksana tersebut merupakan:
        i) Pegawai lantikan tetap, sementara dan Contract of Service (COS).
        ii) Pegawai yang bercuti gaji penuh.
        iii) Pegawai yang bercuti separuh gaji.
        iv) Pegawai yang dipinjamkan termasuk ke agensi yang diasingkan pengurusan                            saraannya.
  • Pekerja Sambilan Harian (PSH) yang masih berkhidmat pada 25 Januari 2021 dan tempoh kontraknya telah berkuat kuasa sekurang-kurangnya 30 hari berturut-turut.
  • Guru Interim
  • Pemandu yang dilantik sendiri oleh pegawai Gred Jawatan Utama B dan ke atas serta Gred Khas A dan ke atas yang layak menerima pemandu tetapi tidak disediakan pemandu oleh jabatannya.
  • Pemandu yang dilantik sendiri oleh Anggota Pentadbiran, Hakim, dan Pesuruhjaya Kehakiman.
  • Pesara kerajaan yang dilantik semula secara COS dan masih berkhidmat pada 25 Januari 2021.

bantuan%2Bpenjawat%2Bawam%2B2


Penjawat Awam Yang Ditangguhkan Menerima Bantuan Khas
Terdapat juga penjawat awam yang ditangguhkan penerimaan bantuan khas ini iaitu:
  • Pegawai yang ditahan kerja.
  • Digantung kerja.
  • Surat pertuduhan telah dikeluarkan oleh Pihak Berkuasa Tatatertib.
Penjawat awam terbabit akan menerima bantuan khas tersebut sekiranya Pihak Berkuasa Tatatertib mendapati mereka tidak bersalah.

Penjawat Awam Yang Tidak Layak Menerima Bantuan Khas
Namun demikian,  terdapat beberapa kategori penjawat awam yang tidak layak menerima bantuan khas ini iaitu:
  1. Pegawai dalam Kumpulan Pengurusan Tertinggi dan setaraf termasuk pegawai yang memangku, dipinjamkan atau ditukarkan dan penempatan khas ke Gred Jawatan Utama atau Khas.
  2. Pegawai yang dikenakan hukuman tatatertib dalam tempoh 1 Januari 2021 hingga 25 Januari 2021.
  3. Pegawai yang meletakkan jawatan dalam tempoh 1 Januari 2021 hingga 25 Januari 2021.
  4. Pegawai yang berpencen dan melepaskan pencen kerana menyertai Badan Berkanun Yang Diasingkan Saraan.
bantuan%2Bpenjawat%2Bawam%2B3


Maklumat Lanjut
Untuk maklumat lanjut, layari media sosial facebook Jabatan Perkhidmatan Awam untuk maklumat tambahan berkenaan Bantuan Khas Penjawat Awam. 
bantuan%2Bpenjawat%2Bawam%2B4


Semoga artikel ini bermanfaat untuk anda. 

Kongsikan Artikel Ini