Bantuan Roadtax Percuma Bersyarat Tahun 2024

Kongsikan Artikel Ini

Bantuan Roadtax Percuma Tahun 2024 – Sejak tahun 2022 lagi, satu inisiatif telah dilaksanakan oleh kerajaan bagi membantu golongan orang kurang berupaya (OKU). Insentif ini telah dibentangkan dalam pembentangan Belanjawan 2022 dan akan terus dilaksanakan pada tahun 2024.

Insentif ini merupakan langkah kerajaan bagi memastikan golongan yang selayaknya diberi perhatian dan bantuan sewajarnya dalam memastikan tiada dikalangan rakyat Malaysia yang tertinggal dalam keperluan asas kehidupan pada masa kini.

Bantuan ini telah pun diumumkan oleh pihak Kementerian Pengangkutan menerusi Jabatan Pengangkutan Jalanraya (JPJ).

Bantuan Roadtax Percuma 2024
Bantuan Roadtax Percuma Bersyarat Tahun 2024 6
Bantuan Roadtax Percuma 2024
Bantuan Roadtax Percuma Bersyarat Tahun 2024 7

Artikel Trending :

Syarat Kelayakan Bantuan Roadtax Percuma

  1. Pemohon hendaklah mempunyai lesen memandu.
  2. Individu OKU atau ibu bapa/penjaga atau pasangan telah pun berdaftar di Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).
  3. Kenderaan tersebut hendaklah didaftar dan dilesenkan atas individu OKU yang memohon.
  4. Kenderaan tersebut hendaklah yang telah diubahsuai mengikut kegunaan individu OKU.
  5. Jika kereta belum diubahsuai, kenderaan mestilah pemasangan tempatan(CKD) dan kereta buatan tempatan sahaja.
  6. Pengecualian juga buat kepada kenderaan yang didaftarkan kepada ibubapa, penjaga, pasangan individu OKU.
  7. Hanya terpakai untuk 1 kereta dan 1 motor sahaja.
Bantuan Roadtax Percuma 2024
Bantuan Roadtax Percuma Bersyarat Tahun 2024 8

Tarikh Permohonan Bantuan Roadtax Percuma

Permohonan bagi bantuan roadtax percuma ini telah dibuka sejak 15 Mac 2022 yang lalu dan pemohon yang layak untuk pengecualian cukai jalan OKU kini boleh membuat permohonan.

Info Tambahan:

Bagi mana-mana pemilik kenderaan yang layak untuk mendapatkan pengecualian cukai jalan tersebut dan telah memiliki lesen kenderaan motor sama ada baharu atau diperbaharui selepas 1 Januari 2022, iaitu sebelum tarikh permohonan bagi kedua-dua pengecualian itu dimulakan, anda boleh serahkan semula LKM anda ke kaunter JPJ dan berhak dibayar dengan rebat

– Menteri Pengangkutan Datuk Seri Dr Wee Ka Siong, petikan Sinar Harian dari sumber Bernama.

Cara Mohon Bantuan Roadtax Percuma

Pemohon yang berkelayakan mestilah membuat permohonan di pejabat Jabatan Pengankutan Jalan (JPJ) bagi individu dalam kategori OKU yang pertama kali mendaftar dan sertakan sekali borang permohonan cukai jalan, dapatkan di bawah;

Antara dokumen yang perlu dibawa ketika berurusan di pejabat Jabatan Pengangkutan Jalan(JPJ) adalah :

  1. Salinan asal kad OKU dan salinannya
  2. Kad pengenalan beserta salinan
  3. Salinan lesen memandu
  4. Surat wakil dan juga kad pengenalan wakil sekiranya wakil yang hadir ke kaunter.

Maklumat Lanjut

Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan lanjut, boleh terus hubungi Jabatan Pengangkutan Jalan terdekat anda atau Ibu Pejabat JPJ seperti di bawah:

Ibu Pejabat Jabatan Pengangkutan Jalan
Kementerian Pengangkutan Malaysia
Aras 3-5, No. 26, Jalan Tun Hussein, Presint 4
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62100 Putrajaya

No. Telefon Umum : 03 8000 8000
No. Faks : 03 8881 0194

Ikuti Telegram Rasmi : https://t.me/pakejbantuankerajaan


Kongsikan Artikel Ini