Bantuan Covid-19 Sabah RM50 Juta, RM10 Juta Disalur Bagi Penduduk Terjejas Daerah PKPDB

Kongsikan Artikel Ini

Bantuan%2BCovid19%2BSabah%2BRM50%2BJuta

Kerajaan Negeri Sabah memperuntukan sejumlah RM50 juta bagi membasmi penularan pandemik Covid-19 selain membantu rakyat yang terjejas di negeri berkenaan.

RM10 Juta Bantuan Bagi Penduduk Daerah PKPDB




Ketua Menteri Sabah, Datuk Hajiji Noor berkata, RM10 juta daripada dana tersebut digunakan untuk memberikan bakul berisi makanan asas kepada penduduk di empat daerah iaitu Tawau, Semporna, Lahad Datu dan Kunak yang sekarang ini diisytiharkan sebagai zon merah akibat jangkitan Covid-19 yang meningkat secara drastik.

“Kerajaan akan menyalurkan bantuan makanan kepada semua yang penduduk di daerah-daerah ini,” katanya dalam satu kenyataan kepada media selepas mesyuarat bersama Jemaah Menteri.

Turut hadir dalam mesyuarat berkenaan ialah Timbalan Ketua Menteri, Datuk Seri Bung Moktar Radin; Datuk Dr. Jeffrey Kitingan Datuk Joachim Gunsalam serta Timbalan Menteri Kewangan merangkap Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Masidi Manjun dan Menteri Pembangunan Luar Bandar, Jahid Jahim.


Pandemik Covid-19 Semakin Meresahkan

Kes jangkitan Covid-19 di Sabah membimbangkan apabila pendemik itu semakin berkembang terutama pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah yang berakhir 26 September lalu.

Pada ketika ini, keempat-empat daerah itu menjalani Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan Bersasar (PKPDB) sehingga 12 Oktober ini manakala kawalan rentas sempadan berkuat kuasa bermula 2 Oktober hingga 16 Oktober depan. – UTUSAN ONLINE


Kongsikan Artikel Ini