Apa Itu Penyakit HFMD? Tips & Cara Ibu Bapa Tangani Penyakit HFMD

Kongsikan Artikel Ini

hmfd

 

 

telegram%2Bimage
Menjadi kerisauan dalam kalangan ibu bapa di Malaysia ketika ini tentang penyakit Tangan, Kaki dan Mulut (HFMD) yang sedang meningkat naik di Malaysia ketika ini.
Kami kongsikan kepada anda apa itu penyakit HFMD dan peranan yang boleh dilakukan oleh ibu bapa dalam menangani penyakit ini.

 


Apa Itu Penyakit Tangan, Kaki dan Mulut (HFMD)?

Penyakit Tangan, Kaki dan Mulut (Hand Foot Mouth Disease, HFMD) yang lazimnya berlaku di kalangan kanak-kanak berusia kurang daripada 10 tahun. Ianya disebabkan oleh virus daripada kumpulan enterovirus yang tergolong di dalam keluarga picornavirus. Sebanyak 67 serotypes manusia yang terdiri daripada 3 serotypes poliovirus, 23 serotypes Coxsackie A, 6 serotypes Coxsackie B, 31 serotypes Echovirus dan enterovirus 68 hingga 71. Daripada kumpulan enterovirus tersebut, majoriti jangkitan adalah disebabkan oleh Coxsackie Virus A16 dan Enterovirus 71 (EV 71).
Kebiasaannya gejala HFMD adalah ringan (mild) dengan simptom demam diikuti ruam melepuh (blister) pada tangan, kaki, mulut dan lidah. Kanak-kanak juga boleh mengalami gejala jangkitan saluran pernafasan, muntah, cirit birit dan kurang selera makan. Kes HFMD yang disebabkan oleh jangkitan virus EV71 boleh meningkatkan risiko untuk mendapat komplikasi seperti encephalitis dan myocarditis.

 

 

Virus penyebab HFMD boleh terdapat di dalam kerongkong dan najis dan merebak melalui melalui sentuhan terus dengan air liur dan najis mereka yang berpenyakit. Penyakit ini cepat menular di kalangan kanak-kanak. Ia menjangkiti semua golongan umur tetapi majoriti kanakkanak berumur bawah 6 tahun adalah lebih berisiko. Tempoh inkubasi adalah antara 3-5 hari dan masa yang paling berisiko untuk menjangkiti orang lain adalah ketika sebelum dan selepas gejala timbul. Kanakkanak yang dijangkiti penyakit HFMD boleh menjadi punca jangkitan sehinggalah ruamnya kering. Majoriti kes mengalami gejala ringan dan sembuh dalam masa 5-7 hari.

 

 

Ciri-Ciri Penyakit HFMD

Berikut dikongsikan ciri-ciri penyakit HFMD:
  • Demam
  • Sakit Kepala
  • Hilang Selera Makan
  • Ulser Pada Tekak, Mulut & Lidah
  • Ruam dengan lepuh pada tangan, kaki dan kawasan lampin

Peranan Ibu Bapa Tangani Penyakit HFMD

Peka kepada sebarang perubahan dan dapatkan nasihat doktor sekiranya anda melihat anak dalam keadaan berikut:
  • Letih dan lesu
  • Tidak mahu minum atau makan
  • Muntah berterusan
Jika bergejala, pastikan anak terus kekal berada di rumah
Elakkan menghantar anak yang mempunyai gejala ke sekolag, pra sekolah, nurseri atau tadika.
Sapu dan bersihkan hidung serta mulut anak dengan tisu dan buang tisu yang telah digunakan
Cuci tangan dengan betul menggunakan sabun dan air bersih selepas menguruskan anak
Cuci alatan dan permainan anak dengan sabun dan air bersih
Tidak berkongsi peralatan makan dan minum serta barangan peribadi antara anak-anak
Kerap bersihkan lantai rumah dan tandas
Buang lampin pakai buang dalam tong sampah bertutup

 


Kongsikan Artikel Ini