6 Kategori Pelajar IPT Dibenarkan Pulang Ke Kampus ~ Tarikh Rasmi Kemasukan Pelajar IPT

Kongsikan Artikel Ini

masuk%2Bu%2Bkampus

Group%2BWhatsapp%2BInfo%2BBantuan%2BKerajaan

Berita baik bagi pelajar-pelajar Institut Pengajian Tinggi Awam dan Swasta, anda boleh untuk memulakan sesi pembelajaran di Universiti seperti biasa dengan mengikuti SOP yang ditetapkan bermula 1 Mac 2021 ini. 



Kementerian Pengajian Tinggi (KPT)  telah bekerjasama dengan beberapa badan seperti Majlis Perwakilan Pelajar, pihak pengurusan IPT, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), pakar kesihatan dan Majlis Keselamatan Negara (MKN) berkenaan tarikh kemasukan pelajar ke kampus secara fizikal. 

Hasil usaha daripada sesi libat urus ini, pihak MKN  bersetuju untuk membenarkan 6 kategori pelajar yang berkeperluan kembali ke kampus secara fizikal iaitu seawal  1 Mac 2021 untuk mengikuti PdP secara hibrid iaitu secara fizikal dan secara dalam talian.

Kami kongsikan kepada anda maklumat berikut.

6 Kategori Pelajar IPT Yang Dibenarkan Pulang Ke Kampus

Kementerian Pengajian Tinggi ada mengeluarkan kenyataan rasmi di facebook rasminya, Kementerian Pengajian Tinggi.

Bermula 1 Mac 2021, 6 kategori pelajar yang dibenarkan pulang ke kampus adalah seperti berikut:

  • Pelajar dari program pengajian peringkat Sijil, Diploma, Ijazah Sarjana Muda dan Pasca Siswazah yang memerlukan praktikal, makmal, klinikal, latih amal, studio , bengkel dan peralatan khas.
  • Pelajar yang tidak mempunyai akses dan persekitaran tidak kondusif bagi melaksanakan PdP dalam talian.
  • Pelajar Asasi atau Setara dan Diploma yang sedia ada di kampus boleh meneruskan pembelajaran secara hibrid.
  • Semua pelajar antarabangsa sedia ada dan baharu kecuali dari United Kingdom.
  • Pelajar Berkeperluan Khas (OKU); dan
  • Pelajar yang menduduki peperiksaan Malaysia Universiti English Test (MUET), antarabangsa dan badan profesional.

Tambahan pula, pelaksanaan PdP ini yang akan dijalankan secara hibrid di dalam kampus  boleh dijalankan dengan mematuhi SOP dan mengutamakan keselamatan serta kebajikan pelajar.  

Manakala bagi pelajar yang tidak termasuk dalam kategori pelajar berkeperluan pula akan meneruskan PdP secara dalam talian.

Maklumat Pergerakan Pelajar Dari Semanjung Ke Sabah & Sarawak

Bagi pelajar dari semenanjung yang akan pulang ke kampus IPT di negeri Sabah dan Sarawak:

  • Diwajibkan untuk menjalani Ujian  Ujian Swab Test yang akan dibiayai oleh KKM

Bagi pelajar yang tiba di Sarawak:

  • Diwajibkan untuk menjalani kuarantin selama 14 hari sebelum dibenarkan pulang ke kampuas.
  • Kos makan minum dan kuarantin mulai 1 Mac 2021 akan ditanggung sepenuhnya oleh Kerajaan Negeri Sarawak.

Pergerakan Pelajar Dari Sabah & Sarawak Ke Semenanjung

Untuk pelajari dari negeri Sabah dan Sarawak pula akan ditempatkan di pusat pengasingan yang ditentukan oleh IPT masing-masing bagi memastikan bebas daripada sebarang gejala Covid-19.

poster%2Bipt


Maklumat Tambahan

Para pelajar juga disarankan untuk merujuk kepada SOP kerajaan negeri Sabah dan Sarawak yang sedang berkuatkuasa.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai urusan kemasukan ke IPT, anda boleh dapatkan maklumat melalui Bilik Gerakan Covid-19 KPT yang akan dibuka 24 jam di talian 0388706777/  038870 6949/ 038870 6623 / 038870 6628. 

Anda juga boleh menghubungi terus IPT masing-masing untuk maklumat lanjut.


Kongsikan Artikel Ini