“Aiman minta maaf silap salah”.. screenshot sedih perbualan penumpang MH2664

Kongsikan Artikel Ini

Peristiwa%20Pesawat%20MH2664%20Tawau


telegram%2Bimage

Sedih, sebak pula admin baca perbualan antara anak dan ayah ini. Allahu. 😭 Si anak merupakan salah seorang penumpang penerbangan MH2664 ke Tawau jam 2.30 petang yang tiba-tiba terjunam dan jatuh dalam keadaan laju.



Bayangkan pesawat yang sedang tenang di udara tiba-tiba terjunam tanpa peringatan awal daripada juruterbang? Hal mendebarkan itu bagaimanapun dilalui oleh penumpang bagi kapal terbang MH2664 yang berlepas pada semalam dari KLIA menuju ke Tawau.


277354793 4945011665576825 1890540960835049683 n

Dalam jam 3.30 petang, pesawat terjunam laju gila 


Siapa sangka selepas sekitar 30 minit berlepas, hayat semua anak kapal serta penumpang ibarat berada di hujung tanduk apabila pesawat yang dinaiki telah terjunam pada kelajuan 31,000 kaki ke 24,000 kaki hanya dalam masa 1 saat. Pengguna Facebook bernama Halimah Nasoha tampil mendedahkan pengalaman mendebarkan itu berlaku lagi untuk kali kedua tatkala penerbangan dijangka sudah stabil semula.

Peristiwa%20Pesawat%20MH2664%20Tawau%202
Peristiwa%20Pesawat%20MH2664%20Tawau%203

Flight tiba-tuba u-turn & berpusing atas Melaka beberapa kali


Mujur kapten pesawat pantas mengawal situasi panik itu lantas selamat mendarat di lokasi. Bagi penumpang bernama Halimah ini, dia sangat bersyukur kerana masih mendapat peluang untuk bernafas dan membuka mata pada hari ini selepas melalui kejadian yang hampir meragut hayatnya.

Peristiwa%20Pesawat%20MH2664%20Tawau%204
Peristiwa%20Pesawat%20MH2664%20Tawau%205

Percayalah, semua pilot akan buat benda sama
Keselamatan adalah nombor 1

Dalam pada itu, pengguna Twitter aviatorian yang juga merupakan seorang pilot tampil berkongsi penjelasan lanjut tentang insiden berkenaan. Ekoran tindakan juruterbang MH2664 yang dikatakan berpusing di udara Melaka, rupanya ia adalah langkah menghabiskan sisa minyak untuk mencapai berat maksima sebelum turun mendarat.


Peristiwa%20Pesawat%20MH2664%20Tawau%207Peristiwa%20Pesawat%20MH2664%20Tawau%208
Peristiwa%20Pesawat%20MH2664%20Tawau%209

Kredit: blog Kisah Dunia, facebook TawauKini, twitter @aviatorian86

Kongsikan Artikel Ini