Diskaun Saman Trafik PDRM 30% Julai 2022


Anda tidak boleh melepaskan peluang untuk membayar saman dengan penawaran diskaun sebanyak 30% bagi saman yang terpilih sempena Ekspo Kerjaya JAMINKERJA Keluarga Malaysia yang akan berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra Kuala Lumpur (WTCKL) pada 23 hingga 27 Julai 2022 ini.


Anda tidak boleh melepaskan peluang untuk membayar saman dengan penawaran diskaun sebanyak 30% bagi saman yang terpilih sempena Ekspo Kerjaya JAMINKERJA Keluarga Malaysia yang akan berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra Kuala Lumpur (WTCKL) pada 23 hingga 27 Julai 2022 ini.

DISKAUN SAMAN JAMIN KERJA KELUARGA MALAYSIA

Buat Makluman, pengurangan kadar kompaun saman telah ditawarkan kepada kesalahan terpilih seluruh Malaysia bagi kadar berikut:
  • PDRM – 30%

Tawaran diskaun saman PDRM itu akan berlangsung selama 2 hari bermula dari 26 dan 27 Julai 2022 dari jam 9.00 pagi sehingga 3.00 petang di Kaunter Bayaran Saman yang akan dibuka di tapak acara.

CARA SEMAK SAMAN PDRM

Anda boleh membuat beberapa cara semakan saman-saman anda yang lalu secara atas talian (online):Untuk saman Polis (PDRM), anda boleh layari pautan https://mybayar.rmp.gov.my/en

Bagi saman JPJ pula, anda boleh rujuk pautan https://www.jpj.gov.my/

Anda jangan lepaskan peluang ini!!


Terdapat pelbagai juga program yang menarik, antaranya ialah kaunter perkhidmatan pelbagai Kementerian dan juga agensi terus kepada rakyat.

Mari beramai-ramai sertai Ekspo Kerjaya Jamin Kerja Keluarga Malaysia 2022 pada 23 hingga 27 Julai 2022 (Sabtu-Rabu) yang bertempat di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) bermula pada pada jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang.

Karnival anjuran Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) dibawah Kementerian Sumber Manusia ini juga akan mengadakan sesi temu duga lebih daripada 30,000 peluang pekerjaan yang tersedia khas untuk para pencari kerja. 

Para pengunjung juga boleh mendaftar di www.myfuturejobs.gov.my/careerfair.