Jumlah Bayaran BKM Tambahan Untuk Setiap Kategori Penerima

Baru-baru ini Perdana Menteri telah mengumumkan bantuan BKM Tambahan untuk kategori keluarga dan bujang. Jika sebelum ini, bantuan tambahan hanya diberikan kepada Ibu Bapa Tunggal dan Warga Emas.  Berikut dikongsikan maklumat penuh berkaitan bantuan BKM Tambahan ini.


Baru-baru ini Perdana Menteri telah mengumumkan bantuan BKM Tambahan untuk kategori keluarga dan bujang. Jika sebelum ini, bantuan tambahan hanya diberikan kepada Ibu Bapa Tunggal dan Warga Emas.

Berikut dikongsikan maklumat penuh berkaitan bantuan BKM Tambahan ini.


Jumlah Bayaran BKM Tambahan

Sebelum ini, kadar tambahan hanya diberikan kepada penerima isi rumah seperti berikut:

Tambahan RM500 kepada penerima kategori isi rumah berstatus Ibu Bapa Tunggal (IBT) yang mempunyai anak menepati syarat

Tambahan RM300 kepada penerima kategori isi rumah berstatus Warga Emas



Kemaskini Terkini (22/06/2022):

BKM Tambahan diberikan kepada semua penerima kategori isi rumah RM100 dan bujang RM50

Rujuk Infografik berikut:


Tarikh Pembayaran BKM Tambahan

BKM Tambahan akan dikreditkan sekali dengan pembayaran BKM Fasa 2 bermula pada 27 Jun 2022 hingga 5 Julai 2022



Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut mengenai pembayaran BKM fasa 2 tahun 2022 anda boleh melayari laman web Lembaga Hasil Dalam Negeri di https://bkm.hasil.gov.my/