Jangkaan Tarikh Bayaran BKM 2022 Fasa 2 Mengikut Bank

Seperti yang telah diumumkan oleh Perdana Menteri tarikh pembayaran BKM Tambahan & BKM Fasa 2 akan dikreditkan pada 27 Jun 2022 (Isnin) ini. Namun begitu, anda pasti tertunggu-tunggu bilakah giliran anda dikreditkan kerana bantuan ini akan disalurkan secara berperingkat.  Berikut kami kongsikan jangkaan duit BKM Fasa 2 akan dikreditkan

Seperti yang telah diumumkan oleh Perdana Menteri tarikh pembayaran BKM Tambahan & BKM Fasa 2 akan dikreditkan pada 27 Jun 2022 (Isnin) ini. Namun begitu, anda pasti tertunggu-tunggu bilakah giliran anda dikreditkan kerana bantuan ini akan disalurkan secara berperingkat.

Berikut kami kongsikan jangkaan duit BKM Fasa 2 akan dikreditkan


Jangkaan Tarikh bayaran BKM 2022 Fasa 2 Mengikut Bank

Jadual di bawah ialah jangkaan tarikh yang disertakan bersama jam

Bermula 27 Jun 2022:

  1. BSN: Selepas 6 petang

Bermula 28 Jun 2022:

  1. Bank Rakyat, Affin Bank, Agro Bank: Selepas 8 Malam
  2. CIMB, RHB, Bank Islam: Selepas 9 Malam
  3. Maybank & Bank-Bank Yang Lain: Selepas 10 Malam

Walau bagaimanapun ini hanyalah jangkaan sahaja. Kemungkinan kurang tepat namun boleh dijadikan sebagai panduan supaya anda tidak tertunggu-tunggu

Info Tambahan

Pastikan anda semak dahulu baki akaun bank secara online sebelum anda pergi ke ATM.


Jumlah Bayaran BKM Fasa 2 & BKM Tambahan

Pembayaran kali ini akan melibatkan semua kategori dan akan mendapat pembayaran sebanyak RM50 - RM500 berdasarkan kelayakan setiap penerima.

Berikut adalah jumlah bayaran yang akan diterima oleh setiap kategori:

A) Kategori Isi Rumah (Kahwin) - Pemohon Berumur 59 Tahun dan Ke Bawah

i. Pendapatan RM2,500 ke bawah

  1. 0 Anak: RM300
  2. 1 - 2 Anak: RM400
  3. 3 Anak & Ke Atas: RM500

ii. Pendapatan Isi Rumah RM2,500 - RM5,000

  1. 0 Anak: RM200
  2. 1 - 2 Anak: RM200
  3. 3 Anak & Ke Atas: RM200


B) Kategori Isi RUmah (Kahwin) - Pemohon berumur 60 tahun dan ke atas dengan amaun tambahan Isi Rumah Warga Emas (RM300)

i. Pendapatan RM2,500 ke bawah

  1. 0 Anak: RM300
  2. 1 - 2 Anak: RM400
  3. 3 Anak & Ke Atas: RM500

ii. Pendapatan Isi Rumah RM2,500 - RM5,000

  1. 0 Anak: RM200
  2. 1 - 2 Anak: RM200
  3. 3 Anak & Ke Atas: RM200


C) Kategori Isi Rumah (Ibu Bapa Tunggal (IBT) Mempunyai Anak - Tiada Had Umur Pemohon dengan amaun tambahan IBT mempunyai anak (RM500)

i. Pendapatan RM2,500 ke bawah

  1. 1 - 2 Anak: RM400
  2. 3 Anak & Ke Atas: RM500

ii. Pendapatan Isi Rumah RM2,500 - RM5,000

  1. 1 - 2 Anak: RM200
  2. 3 Anak & Ke Atas: RM200


D) Kategori Bujang dan Ibu Bapa Tunggal (IBT) Tidak Mempunyai Anak - Pemohon berumur 59 tahun dan ke bawah

i. Pendapatan RM2,500 ke bawah

  1. RM50

ii. Pendapatan RM2,500 - RM5,000 (Pemohon berumur 60 tahun dan ke atas)

  1. RM200


Maklumat Lanjut

Maklumat lanjut mengenai pembentangan bajet 2022 bolehlah melayari laman web Kementerian Kewangan Malaysia di https://budget.mof.gov.my/2022/