Ini Senarai Kategori Penerima BKM Fasa 1 & Jumlah Bayaran




Perdana Menteri mengumumkan hampir 9 juta penerima Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) menerima manfaat dengan implikasi kewangan berjumlah RM8.2 bilion pada hujung Bulan Mac ini.

“BKM telah ditambah baik daripada bantuan tunai langsung sebelum ini. Nilai bantuan ditambah mengikut klasifikasi bilangan anak bagi isi rumah yang tidak mempunyai anak, mempunyai seorang hingga dua orang anak dan isi rumah yang mempunyai tiga orang anak atau lebih serta memperkenalkan kadar tambahan bagi kategori isi rumah terhad kepada ibu atau bapa tunggal (IBT) dan warga emas,” ujarnya.

JANGKAAN JADUAL PEMBAYARAN BKM FASA 1


KATEGORI PENERIMA BKM FASA 1 & JUMLAH BAYARAN

Kadar bayaran Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) kepada isi rumah dan bujang adalah seperti berikut:

Kategori Isi Rumah

  • Pendapatan RM2,500 dan ke bawah:
    • Tiada anak: RM1,000 
    • 1 – 2 anak: RM1,500 
    • Anak melebihi 3: RM2,000
  • Pendapatan RM2,501 – RM5,000:
    • Tiada anak: RM400
    • 1 – 2 anak: RM600
    • Anak melebihi 3: RM800

Kategori Warga Emas Bujang/ Tiada Pasangan

  • Pendapatan RM5,000 dan ke bawah:
    • Tiada anak: RM600

Kategori Bujang

  • Pendapatan RM2,500 dan ke bawah
    • Tiada anak: RM350

KADAR TAMBAHAN BANTUAN KELUARGA MALAYSIA

Kadar tambahan Bantuan Keluarga Malaysia hanya diberikan kepada penerima isi rumah berikut:
  • Tambahan RM500 kepada penerima kategori isi rumah berstatus Ibu Bapa Tunggal (IBT) yang mempunyai anak menepati syarat; atau 
  • Tambahan RM300 kepada penerima kategori isi rumah berstatus Warga Emas yang mempunyai anak menepati syarat

Kadar bayaran pertama BKM Fasa 1 bagi setiap kategori akan dikemaskini semula setelah mendapat makluman terbaru dari kerajaan. Semoga bermanfaat!

Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) merupakan bantuan tunai yang tertumpu kepada golongan yang memerlukan bagi meringankan kos sara hidup serta beban yang dihadapi oleh rakyat berpendapatan rendah.

Pembayaran BKM kali terbahagi kepada 4 fasa pada bulan yang berbeza iaitu bulan Mac, Jun, September dan Disember 2022. Berikut dikongsikan info mengenai jadual dan tarikh rasmi pembayaran BKM.

Maklumat Lanjut

Maklumat lanjut mengenai pembentangan bajet 2022 bolehlah melayari laman web Kementerian Kewangan Malaysia di https://budget.mof.gov.my/2022/