Kerajaan Umum Bantuan e-Pemula RM150: Cara Mohon & Semakan Status




Kerajaan telah memperkenalkan program Bantuan e-Pemula RM150 iaitu sebuah Skim Transaksi Tanpa Tunai bagi memupuk budaya transaksi tanpa tunai di premis perniagaan (eWallet Belia 2022).

Menteri Kewangan, Yang Berhormat Mulia Senator Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Bin Tengku Abdul Aziz berkata, e-Start akan mengkreditkan RM150 secara one-off ke dalam akaun e-dompet para belia dan juga pelajar sepenuh masa di institusi pengajian tinggi.

“Dengan peruntukan RM300 juta, kerajaan berharap lebih 2 juta belia yang menerima manfaat daripada program ini dapat menggunakan sebaiknya melalui pembelian berguna seperti buku dan kelengkapan pembelajaran.”

Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang Program eStart untuk makluman bersama.

Permohonan Bantuan e-Pemula RM150

e-Start merupakan sebuah Skim Transaksi Tanpa Tunai bagi memupuk budaya transaksi tanpa tunai di premis perniagaan.

Melalui program ini, sebanyak RM150 akan dikreditkan secara one-off ke dalam akaun e-dompet para belia berumur 18 hingga 20 tahun dan juga pelajar sepenuh masa di institusi pengajian tinggi.


Apakah e-Dompet @ e-Wallet Yang Terlibat?

Buat masa ini, rangkaian eWallet yang terlibat belum lagi diumumkan.

Pada tahun 2021, penebusan program eBelia PEMERKASA telah dilaksanakan dari 1 Jun hingga 22 Julai 2021 dengan menggunakan aplikasi eWallet Belia berikut:
  • Touch n Go eWallet
  • Boost
  • Grab Pay
  • BigPay
Maklumat lanjut mengenai e-Start ini akan dimaklumkan dan dikemaskini oleh Kementerian yang terlibat dari semasa ke semasa.

Cara Tebus E-Pemula Guna Aplikasi Shopeepay

Cara Penebusan:
  • Anda perlu aktifkan dan buat pengesahan akaun (verify) ShopeePay anda
  • Untuk membuat pengesahan, anda hanya perlu mengambil selfie dan melengkapkan maklumat peribadi anda
  • RM150 dari kerajaan akan dikreditkan ke akaun ShopeePay anda dan anda layak untuk mendapatkan ganjaran ekslusif ePemula dari Shopee!
  • Penebusan bermula mulai jam 8 pagi, 11 April 2022

Cara Tebus E-Pemula Guna Aplikasi GrabPay

Cara buat penebusan melalui Grab.
  • Buka aplikasi Grab di handphone anda
  • Lihat pada paparan utama. Anda akan nampak ‘Claim RM360 worth of vouchers with ePemula’
  • Kemudian anda hanya perlu buat pengesahan identiti di akaun GrabPay anda.
  • Setelah selesai, bolehlah anda menggunakan ganjaran ePemula yang dikreditkan ke akaun anda. Melalui GrabPay, anda akan mendapat:
  • RM150 kredit ewallet ePemula
  • RM150 voucher GrabFood
  • RM60 promo terpilih dari merchant Grab

Cara Tebus E-Pemula Guna Aplikasi Touch 'n Go eWallet

Cara untuk menebus kredit e-Pemula Touch n Go Ewallet:
  • Pastikan anda memuat turun Touch ‘n Go eWallet
  • Sila lengkapkan Pengesahan Akaun anda
  • Kemudian aktifkan pengesahan IC dan selfie
  • Lengkapkan butiran peribadi anda pada ruang yang disediakan.
  • Dah settle? Sekarang anda bolehlah tuntut kredit RM150 berserta bonus-bonus hebat – khas untuk penebusan terawal sahaja!

Senarai Bantuan Untuk Belia Dalam Bajet 2022

Tahukah anda, terdapat pelbagai bantuan dan inisiatif yang diumumkan oleh Kerajaan melalui Bajet 2022 tempoh hari.

Jadi, jangan lupa untuk mendapatkan info terkini dari semasa ke semasa bagi memohon kesemua bantuan yang berkenaan.

Sila rujuk senarai berikut untuk maklumat lanjut.






Apakah itu Program eStart?

Salah satu inisiatif yang telah diumumkan di bawah Belanjawan 2022 dan bertujuan meringankan beban kewangan selain menggalakkan perbelanjaan secara tanpa tunai di kalangan belia serta pelajar sepenuh masa di institut pengajian tinggi tempatan berdaftar.

Berapakah jumlah bantuan yang disediakan?

Setiap pemohon yang layak boleh menuntut RM150 dalam bentuk kredit e-tunai.

Siapa yang layak memohon?

Pelajar IPT yang mencapai umur 18 ke 20 tahun pada tahun 2022.

Bagaimana untuk memohon?

Permohonan boleh dibuat melalui aplikasi e-tunai terlibat yang akan diumumkan oleh pihak Kerajaan melalui Kementerian terlibat dalam masa terdekat nanti.

Sila layari laman web https://www.mof.gov.my/ untuk mengetahui bantuan-bantuan Bajet 2022 yang lain.