Rakyat Semakin Terdesak, Pengeluaran i-Citra RM10,000 Perlu Disegerakan!

Berikut kenyataan Ketua Pemuda UMNO, Dato' Dr. Asyraf Wajdi Dusuki di Facebook berkata, kerajaan terutamanya Menteri Kewangan perlu mempercepatkan keputusan membenarkan pengeluaran tuntutan rakyat ini tanpa perlu menunggu sehingga pembentangan Bajet 2022.  Walaupun sebelum ini terdapat bayangan keputusan pengeluaran ini dijangka akan dimumumkan pada pembentangan Bajet 2022, rakyat rata-rata dalam keadaan terdesak dan memerlukan sumber kewangan dan salah satunya adalah melalui pengluaran KWSP i-Citra RM10,000 secara one-off


Kuala Lumpur: Kerajaan perlu segerakan keputusan membenarkan pengeluaran i-Citra RM10,000 (one-off) kepada rakyat yang memerlukan.

Berikut kenyataan Ketua Pemuda UMNO, Dato' Dr. Asyraf Wajdi Dusuki di Facebook berkata, kerajaan terutamanya Menteri Kewangan perlu mempercepatkan keputusan membenarkan pengeluaran tuntutan rakyat ini tanpa perlu menunggu sehingga pembentangan Bajet 2022.

Walaupun sebelum ini terdapat bayangan keputusan pengeluaran ini dijangka akan dimumumkan pada pembentangan Bajet 2022, rakyat rata-rata dalam keadaan terdesak dan memerlukan sumber kewangan dan salah satunya adalah melalui pengluaran KWSP i-Citra RM10,000 secara one-off.


Sebelum ini, kerajaan telah memaklumkan akan memperhalusi dan mengkasji secara menyeluruh mengenai cadangan untuk menaikkan had pengeluaran KWSP menerusi kemudahan i-Citra.

Timbalan Menteri Kewangan II, YB Yamani Hafez Musa berkata pertimbangan tersebut akan mengambil kira semua bentuk bantuan yang telah dan akan disalurkan oleh kerajaan bagi meringankan beban ahli KWSP yang terjejas.

Rujuk Artikel: Cadangan Had Pengeluaran i-Citra RM10,000 (One-Off)


Menurut Asyraf Wajdi, pengeluaran i-Citra RM10,000 merupakan jaringan keselamatan jangka pendek agar rakyat dapat bernafas dalam keadaan pandemik bagi memulakan kehidupan baharu selepas ini.

Sementara itu, ruangan komen di Facebook Dr Asyraf Wajdi dibanjiri dengan netizen yang bersetuju supaya cadangan ini dipercepatkan. 

Dan rakyat rata-rata mengharapkan pengeluaran RM10,000 disegerakan bagi tujuan kelangsungan hidup seperti membayar hutang, memulakan perniagaan baharu dan sebagainya.


Berikut kenyataan Ketua Pemuda UMNO, Dato' Dr. Asyraf Wajdi Dusuki di Facebook berkata, kerajaan terutamanya Menteri Kewangan perlu mempercepatkan keputusan membenarkan pengeluaran tuntutan rakyat ini tanpa perlu menunggu sehingga pembentangan Bajet 2022


SUMBER: bantuanrakyat.my