BKSS 8.0: Senarai Bantuan Khas Sarawakku Sayang

Berita baik bagi penduduk di negeri Sarawak, Kerajaan Sarawak Gabungan Parti Sarawak (GPS) akan meneruskan Bantuan Khas Sarawakku Sayang (BKSS) 8.0 bagi membantu meringankan beban rakyat yang terkesan akibat pandemik COVID-19 yang akan dilaksanakan pada tahun hadapan.


Berita baik bagi penduduk di negeri Sarawak, Kerajaan Sarawak Gabungan Parti Sarawak (GPS) akan meneruskan Bantuan Khas Sarawakku Sayang (BKSS) 8.0 bagi membantu meringankan beban rakyat yang terkesan akibat pandemik COVID-19 yang akan dilaksanakan pada tahun hadapan.


Senarai Bantuan & Insentif BKSS 8.0

Bantuan Kewangan Selama 6 Bulan

  1. Kerajaan akan menyediakan peruntukan RM285.47 juta selama enam bulan sepanjang tahun 2022 dan pemberian bantuan secara one-off.


Diskaun Bil Elektrik & Bil Air

  1. Kerajaan memperuntukkan sebanyak RM166.8 juta bagi pemberian diskaun bil elektik kepada lebih 647,000 isi rumah dan sebanyak RM24 juta diperuntukkan untuk pemberian diskaun bil air kepada lebih 646,131 isi rumah.


Diskaun Untuk Penyewa Rumah, Pasar & Gerai

  1. Diskaun sebanyak 50% kepada 3,200 penyewa rumah Perbadanan Pembangunan Perumahan dengan peruntukkan sebanyak RM2.6 juta.


____________________________________________________________________

Anda mungkin berminat pada artikel ini

____________________________________________________________________

Insentif RM500 Kepada Pengusaha Perahu, Teksi, Bas & Van Berlesen

  1. Kerajaan memperuntukkan RM0.87 juta untuk pemberian insentif RM500 kepada 1,725 pengusaha perahu tambang yang berdaftar dengan Lembaga Sungai-Sungai Sarawak (LSS), pengusaha van berlesen, pemandu teksi, bas sekolah dan operator van.


Geran RM1,000 Untuk Peniaga & Penjaja

  1. Kerajaan memperuntukkan RM87.5 juta untuk pemberian geran RM1,000 melalui Sarawak Pay kepada 87,500 penjaja dan peniaga.


Bantuan-Bantuan Lain

Berikut adalah bantuan lain yang akan dilaksanakan pada tahun hadapan:

  1. Housing Deposit Assistance Scheme. Skim ini akan memberikan bantuan tunai untuk deposit rumah sehingga RM10,000 kepada golongan B40 & M40 dan akan diuruskan oleh MUTIARA. Bantuan ini hanya tersedia untuk projek perumahan mampu milik yang dipersetujui oleh Kerajaan Negeri.
  2. Peruntukkan baru untuk membantu persatuan-persatuan yang berkaitan kesenian, warisan dan kebudayaan.
  3. Bantuan Khas untuk penjawat awam dengan pemberian 1/2 bulan gaji dan RM500 kepada penjawat awam persekutuan bagi tahun 2021.


Maklumat Lanjut

Maklumat lanjut mengenai bantuan ini, anda boleh rujuk laman web rasmi Kerajaan Sarawak di https://service.sarawak.gov.my/